Khamis, 18 September 2008

Taubat Lelaki yang Sibuk

Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: “Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja.”

Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: “Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?” “Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia.”

“Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya.” kata Hasan lagi.

“Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri.” Kata lelaki itu.

“Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?”

“Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut.” Jawab lelaki itu.

“Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan.” Kata Hasan Al-Basri.

NUR ALLISYA DAYANA

ni la NUR ALLISYA DAYANA


Aku baru je terima gambar2 nie minggu lepas. Gambar nie kitorang amek time g umah piza merdeka lepas. Maklumlah dah lame rancang nak g umah dia tapi hari merdeka tue je yang sempat. Tambah lak nak semua kawan berkumpul mase tu memang sesangat susah. Masing2 ade urusan tersendiri kan so pepaham jelah. Hehe. Dapatlah aku jumpe Allisya tue. Comel. Mata besar. Budak baik lak tue. Dahlah suara slow je. Nak dengar suara dia menangis pun susah. Time menangis xde lak melalak cam budak2 lain. Xmacam mama dia langsung. Hehe.

Lagu ini ditujukan buat Allisya. Harap besar nanti jadi budak yang baik ye. berbakti pada kedua orang tua. Auntie doakan yang terbaik buar Allisya. Amin


Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Oh oh oh...

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci







eri, ain, aiman ngan kirah...


saje je posing..

Rabu, 17 September 2008

AL-QURAN


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)


Keistimewaan Al-Quran

Keistimewaan pertama sebagai dastur Ilahi ialah ia merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia. Firman Allah yang bermaksud :
Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah.” (al-Nah, ayat 89)

Keistimewaan kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang mudah dan senang diingat. Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang melainkan al-Quran. Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan al-Quran dihafal oleh kanak-kanak muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa ibunda mereka. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran” (al-Qamar, ayat 17)

Keistimewaan ketiga ialah al-Quran merupakan kitab yang adil sepertimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit, lelaki ataupun wanita.

Keistimewaan keempat ialah al-Quran ini kekal dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Al-Quran bukan merupakan panduan untuk satu bangsa atau untuk satu zaman tetapi ia merupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman.

Sabtu, 13 September 2008

KHUSYUK PADA AKHIRAT

Khusyuk Pada Akhirat Dengan berzikir

Ahmad bin Harb merupakan seorang sufi yang sudah mencapai peringkat tinggi di Nisaburi. Tidak ada satu masa pun yang dilaluinya tanpa berzikir kepada Allah. Sekiranya sedang berada dalam keadaan makruh menyebut nama Allah dengan bibir, dia akan berzikir dalam hatinya.

Suatu hari dia masuk ke kedai gunting untuk menggunting rambut dan mencukur misainya dalam keadaan mulut tetap berzikir kepada Allah. Demikian juga ketika rambutnya digunting, bibirnya tetap bergerak-gerak. Sampailah masanya tukang gunting akan mencukur misainya, tapi dia merasa kesulitan kerana bibir Harb terus saja bergerak-gerak.

“Tuan, sila jangan menggerak-gerakkan bibir sekejap semasa saya mencukur misaimu.” Pinta tukang gunting.

“Kamu tidak perlu mengganggu urusanku. Kerjakan sahaja tugasmu.” Jawab Ahmad bin Harb.

”Kalu begini susahla tuan.” Kata tukang gunting.

Ahmad tidak berkata lagi. Dia terus berzikir dan menggerak-gerakkan bibirnya tanpa mengendahkan tukang gunting. Si tukang gunting pun meneruskan tugasnya tanpa mengambil kisah keadaan Harb. Akan tetapi setiap kali misai Harb dicukur, bibirnya terluka. Sehingga apabila selesai, tampaklah parut-parut di bibirnya sebanyak gerakan pisau cukur.

”Apalah yang dah jadi dengan orang ini.” Keluh si tukang gunting.

Di masa yang lain, Ahmad bin Harb menerima surat dari seorang temannya, dia meminta agar surat itu dibalas. Akan tetapi, Harb terus sibuk dengan zikirnya sehingga tidak punya masa untuk membalasnya. Suatu hari ketika sedang terdengat suara azan, tiba-tiba dia teringat akan surat temannya yang belum dibalas. Lalu dia mengambil sekeping kertas dan menulis surat balasan kepada temannya. Dalam surat tersebut :

”Janganlah mengirim surat kepadaku lagi kerana aku tidak punya masa untuk membalasnya. Sibukkanlah dirimu dengan berzikir kepada Allah. Sekian.”


Kisah di atas boleh diambil pengajaran dan peringatan buat kita. Sebagai hamba Allah, jangan lah kita lupa untuk sentiasa meletakkan DIA dalam hati kita. Salah satu cara adalah dengan berzikir memuji kebesaran dan keagunganNYA. Zikir merupakan salah satu cara untuk memperoleh perhatian khusus dalam upaya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh dilakukan dengan mengingati Allah dalam hati dan menyebut nama-nama Allah dengan lisan berdasarkan perintah Allah melalui Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Banyak kelebihan zikir yang boleh diperolehi, antaranya meluruskan fikiran kita, menghindarikan diri daripada menyimpang dengan petunjuk Allah dan sebagainya. Kita sebagai manusia umat islam seharusnya menjadikan zikir sebagai teman seharian kita. Zikir atau mengingati Allah adalah wajib bagi hambanya kerana ia melahirkan rasa syukur kita sebagai seorang hamba kepada penciptanya.

Berikut adalah antara kelebihan nerzikir :

  1. Meluruskan fikiran seseorang.
  2. Menghindarikan diri daripada menyimpang dengan petunjuk Allah.
  3. Ingat kepada kekuasaan Allah. Dirasakan dan dirangkaikan dengan renungan atau tafakur.
  4. Mewujudkan keimanan yang lebih mantap dan aqidah yang kuat
  5. Gelombang otak akan sentiasa bekerja menghasilkan fikiran yang sihat dalam menghubungkaitkan kebenaran islam.
  6. Hati akan lebih khusyuk.
  7. Dan sebagainya.

Zikir juga merupakan alat atau bukti bahawa seseorang hamba sentiasa ingat akan penciptaNYA. Ia juga merupakan ungkapan luahan seseorang hamba terhadap Allah yang berisikan permohonan atau permintaan. Kerana sebagai seorang muslim kita hanya meminta dan memohon hanya kepadaNYA sahaja dan DIA merupakan segalanya bagi kita. Orang yang meminta hanya kepadaNYA adalah orang yang bijak dan mahu menggunakan fikiran ke arah yang positif.

Berzikir juga merupakan suatu pengakuan bahawa kita perlu memahami dan meyakini akan kebesaran Allah SWT. Antara zikir-zikir tersebut adalah

- Tasbih (Subhanallah....)

(Lailahaillallah...)

- Tahmid (Alhamdulillah)

- Takbir (Allahuakhbar)

- Hawqalah (Lahaulawala Quwwata illa billah)

- Basmallah (Bismillahirrahmanirrahim)


Rabu, 10 September 2008

CHIKUNGUNYA


CKIKUNGUNYA

Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Alpha virus. Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Ia berkembang dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaupun tiada ubat khusus untuk merawatnya akan tetapi terdapat cara yang paling berkesan untuk mngelakkannya iaitu dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi pembawa penyakit ini.

Tanda-tanda Chikungunya.

  1. Mengalami demam tinggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan (ruam) muncul setelah 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah disertai tanda-tanda seperti selsema.
  2. Pada kanak-kanak yang lebih besar demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kelenjar.
  3. Pada orang dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan. Kadang kala timbul rasa mual sehingga muntah.
  4. Pada umumnya demam pada anak hanya berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan

(www.myhealth.gov.my)

Khamis, 4 September 2008

Al-Hadith : Antara Lima Kelebihan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

Kadang

Kadang aku memang tak tahu ape yang aku inginkan

Kadang aku x sangka itu yang aku inginkan

Kadang aku sendiri x dapat kawal keinginan itu

Kadang aku sendiri tewas dalam memenuhinya


Kadang aku alpa dengan perasaan

Kadang aku terbiasa dengan sandiwara

Kadang aku terlalu taksub mencari arah

Kadang aku terlalu lemah mempertahankannya


Aku memang dah tewas

Bukan mengalah sebelum berjuang

Tapi berjuang memenuhi keinginan

Aku xpasti penghujungnya

Menemui kebahagian atau kesengsaraan

Selasa, 2 September 2008

lanun.....


macam2 kes sekarang nie kan.. aku ingat kes lanun nie zaman dulu je.. upanye zaman moden nie pun ada lanun.. ala2 pirates of the Caribbean ke?? tutup sebelah mata..huhu.. zaman makin canggih.. teknologi sana sini.. lanun pun bukan macam lanun dulu.. lanun celik it tue.. pepn doa aku agar pihak2 tertentu dapat jalan penyelesaiannya.. 2 je yang mampu aku buat

Bendera Terbalik


Isnin, 1 September 2008

SALAM RAMADHAN

salam ramadhan kawan2
semoga ramadhan kali nie memberikan banyak rahmat buat kita
dan semoga kita sama2 menemui malam lailatulqadar..

andai semua HARTA adalah RACUN
maka ZAKAT lah penawarnya
Jika seluruh UMUR adalah DOSA
maka TAQWA dan TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA
maka RAMADHAN lah pemutihnya,

MARHABAN YAA RAMADHAN
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
1429 H