CKIKUNGUNYA
Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Alpha virus. Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Ia berkembang dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaupun tiada ubat khusus untuk merawatnya akan tetapi terdapat cara yang paling berkesan untuk mngelakkannya iaitu dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi pembawa penyakit ini.
Tanda-tanda Chikungunya.
- Mengalami demam tinggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan (ruam) muncul setelah 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah disertai tanda-tanda seperti selsema.
- Pada kanak-kanak yang lebih besar demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kelenjar.
- Pada orang dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan. Kadang kala timbul rasa mual sehingga muntah.
- Pada umumnya demam pada anak hanya berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan
(www.myhealth.gov.my)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan