Tajuk : Salju Sakinah
Penulis : Zaid Akhtar
Sumayyah… “jangan nama je Sumayyah tapi cepat mengalah” kata-kata perangsang yang dipegang oleh watak dalam novel ini. Sumayyah nama secekal pemiliknya.
Novel yang mengisahkan ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya, kehidupan dakwahnya semasa dia berada di kampungnya, di Senggarang, Batu Pahat serta bagaimana ketabahannya menghadapi kegagalan dalam pengajian.
Novel ini menawarkan nilai-nilai murni yang wajar diteladani pembaca. Justeru sebagai sebuah novel Islamik, sirah Rasulullah, kisah para Nabi dan sahabat turut dititipkan kepada pembaca sebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yang diselitkan juga sebagai panduan. Insya-Allah.
4 ulasan:
sempat gak habiskan novel ek....musim peksa ni kan??....
mgu lepas lagi dah abis baca...
sebelum paper 1st...
hehe
salam sakinah.
terima kasih sbb sudi baca SS.
moga sukses dlm imtihan.
terima kasih atas singgahan penulis salju sakinah
tahniah SS mendapat sambutan hangat
semoga lebih sukses dlm dunia penulisan. :)
Catat Ulasan