Khamis, 5 Mac 2009

GOD’S SPECIAL CHILD

I’m sending you a special child, to cherish in my name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like other babies, nor will be ever be,
But you can love him just the same, and take care of him for me…

He may not hear, or see, or run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, you’ll cry a million tears,
But I promise when he smiles at you, the pain soon disappears…

I know you’ll cry “why him, why us”, but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I’ve selected you,
So please don’t turn your back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he is, the together you will grow…

He needs to learn the skills of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth, and enjoy my special one.

Isnin, 23 Februari 2009

LUASNYA NERAKA

Assalamualaikum...
Luangkan masa sebentar utk tazkirah pagi ini... Semoga mendapat iktibar darinya... LUASNYA NERAKA
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah... Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis... skjap jer... x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN......

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.' Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar

sumber : email

Sabtu, 21 Februari 2009

Resepi_LAKSA UTARA










Bahan-bahan:

Laksa (basah atau kering) direndam, direbus dan ditoskan

10 tangkai cili kering dikisar

2 biji bawang besar dikisar (lebih pun takpe)

6 ekor ikan kembung direbus, asingkan isi dan dikisar

Belacan dikisar sekali dengan bawang dan cili kering

Asam gelugor/ asam jawa

Bunga kantan

Daun kesom

Garam


Bahan untuk hiasan:

Cili merah @ hijau

Telur

Timun

Salad (kalau suka)

Limau


Cara membuatnya:

  • Bahan-bahan yang dikisar dimasukkan ke dalam periuk,
  • Campur air rebusan ikan dan tambah air jika perlu.
  • Masukkan ikan, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan garam secukupnya.
  • Masukkan laksa yang telah direbus ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan untuk hiasan.

*** Jumlah ikan bergantung. Lebih banyak ikan lebih sedap

*** Boleh guna ikan lain seperti sardin, tenggiri, ikan parang dll

Sabtu, 7 Februari 2009

novel_Detik-Detik Diri Di Daerah Daif







Tajuk : Detik-detik Diri di Daerah Daif

Penulis : Shahnon Ahmad

Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka



Aku suka membaca novel ini. Terasa kejujuran yang dilontarkan oleh penulis. Cerita yang menyingkap tentang kehidupannya secara terangan. Dengan luahan segala isi hati yang beliau rasakan cukup untuk dikongsi pembaca. Tak rugi aku membacanya berulang kali. Terima kasih buat abang ku kerana memperkenalkan novel ini.

Selasa, 3 Februari 2009

novel_Impian Palestin






Tajuk : Impian Palestin

Penulis : Randa Ghazy

Penterjemah : Nor Hasanuddin

Terbitan : AR Risalah Product Sdn Bhd

Harga : RM14.90



Aku sungguh kagum dengan novel ini. Novel yang memampatkan tentang sebuah persahabatan, cinta dan peperangan di bumi Palestin. Sedikit sebanyak aku turut merasai kepedihan dan keperitan yang dirasai oleh saudaraku di bumi Palestin. Sememangnya novel ini sungguh luar biasa. Kisah Ibrahim yang kematian ibu bapanya, kisah Nidhal yang turut kehilangan ibu dan saudara perempuannya, kisah Ahmad, Muhammad, Rami, Jihad, Reham dan Walid. Mereka hanya inginkan kedamaian, ketenangan juga kemenangan tanpa mengorbankan tanah juga anak-anak kecil. Itu hanya impian mereka yang tidak mungkin dikecapi. Mereka terpaksa menerima kenyataan bahawa Yahudi sememangnya kejam tanpa ada peri kemanusiaan.


“ Aku mula berfikir, bahawa impian-impian pada kenyataan-kenyataan sebenar merupakan pilihan baik untuk menghadapi situasi seperti ini. Kerana kami seringkali cenderung harus menghadapi kenyataan secara langsung dan bersentuhan dengannya. Ianya membuatkan kami luka dan amat pedih. Sehingga tidak diragukan lagi, bahawa mencari hakikat dan kebenaran bukan selalu menjadi yang terbaik dan indah. Apalagi aku sendiri pada waktu-waktu seperti ini menyedari sudah sampai di mana mimpi-mimpi dan segala harapan mampu menenangkan kami. Orang-orang yang ada di sekelilingku mencari perlindungan padanya seakan-akan mimpi-mimpi itu adalah benteng keselamatan dan keamanan diri. Seandainya aku melupakan sejenak kenyataan bahawa negeriku dijajah suatu bangsa dari golongan perampas, dan bahawa anak-anak negeriku menghadapi kematian dalam tempoh irama yang semakin cepat tanpa kasihan.


Aku telah berhenti berfikir bahawa kami masih sanggup untuk menghadapi musuh-musuh atas nama JIHAD. Jelas dan tidak diragukan lagi, bahawa sudah takdir bagi bangsa kami untuk tidak mempunyai tanah air. Dan sudah jelas dan pasti, kalau di tempat manapun, tidak pernah tertulis bahawa kami akan menuntut belas atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan terhadap hak-hak kami. Syurgalah satu-satunya yang Allah akan berikan kepada kami. Aku mengakui pada fasa peperangangan itu, kehilangan segala maknanya, dan satu-satunya hal yang penting bagi sekarang, adalah mendapatkan kedudukan KECIL dan SEDERHANA dekat pada sisi ALLAH….bersama para syuhada, kanak-kanak, dan para wanita yang telah mati sempurna dibunuh sia-sia tanpa ada DOSA.....”

Isnin, 2 Februari 2009

novel_Ketika Cinta Bertasbih episod 1






Tajuk : Ketika Cinta Bertasbih

Penulis : Habiburrahman El Shirazy

Editor : Noraine Abu

Harga : RM21.90

Terbitan : AR-Risalah Product Sdn Bhd


Seharian aku membaca novel ini. Akhirnya selesai juga pembacaanku. Kisah yang sangat menarik menurutku. Diisi dengan alun-alun kehidupan yg islamik dan naturalisasi kehidupan yg ada, terutama kehidupan di Mesir. Dalam novel ini megisarkan tentang watak Azzam seorang pelajar yang dikenali sebagai Mas Insyiur, penjual tempe atau bakso. Itulah rutinnya bagi meneruskan liku-liku perjalanan hidup di Mesir serta membiayai kehidupan keluarganya di Indonesia. Kecekalannya dan ketabahannya amat memaut hatiku untuk terus mengikuti kisahnya.


Azzam meletakkan standard yang tinggi ke atas bakal permaisurinya. Lantas ketika bertemu Elyana, dia seakan tergugat dengan kecantikan dan kelincahan gadis itu. Tetapi kekhilafan yang sementara itu membuatnya sedar. Dia takkan menurunkan standard pilihannya kerana dia yakin akan bertemu yang lebih baik. Dengan hati yang berkobar-kobar, dia segera mengkhitbah Anna Althafunnisa, gadis yang dikenali melalui Pak Ali. Tanpa melihat rupa paras dan mengetahui lebih lanjut tentang Anna, dia menemui Ustaz Mujab untuk menyatakan rasa hatinya. Malangnya, Furqan terlebih dahulu mengkhitbah Anna.


Furqan, rakan seangkatan Azzam. Tidak seperti Azzam, Furqan lebih menampakkan kecemerlangannya dan kehidupannya yang dipenuhi dengan limpahan kesenangan sehingga mampu meraih segulung M.A. Walau bagaimanapun, dugaan seberat atom meletus saat beliau meraih kecemerlangan. Atas kecuaiannya, beliau terjebak dengan fitnah yang mampu merobek masa depannya. Juga terselit kisah sedih Fadhil yang sanggup melepaskan orang yang dicintainya kepada sahabat baiknya, Zulkifli. Kisah cinta yang menyayat hati. Aku tak sabar untuk mengikuti kisah ini selanjutnya. Pasti akan ku dapatkan novel kedua untuk aku mengetahui kisah Azzam, Furqan, Anna dan lain-lain.


Jumaat, 23 Januari 2009

novel_laskar pelangi



Tajuk : Laskar Pelangi

Penulis : Andea Hirata

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd

Harga : RM28.00/RM31.00



Aku baru sahaja menghabiskan novel ini. Walaupun masa begitu terhad aku curi-curi sedikit masa yang ada untuk menyelesaikan pembacaanku. Kisah yang sangat menarik. Kadang terdetik di hati ini rasa cemburu dan iri terhadap kekuatan nilai persahabatan yang ditampilkan Penulis.


Laskar pelangi satu nama yang mengisahkan tentang kehidupan 10 orang pelajar Muhammadiyah, sekolah kampung yang hampir-hampir dimusnahkan pada ketika itu. Ikal (penulis), Lintang, Mahar, Kucai, Sahara, Samson, Trapani, Ah Kiong, Shahdan dan Harun. Walaupun dari kalangan keluarga miskin, anak-anak ini nekad dan bersemangat untuk bersekolah. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri lebih-lebih lagi Lintang dan Mahar yang memiliki kecerdasan dalam bidang masing-masing hinggakan nama sekolah Muhammadiyah menjulang dengan kemenangan dalam seni persembahan yang diterajui oleh Mahar, juga pertandingan kecerdasan yang dipimpin oleh Lintang. Kegeniusan mereka mampu mengalahkan sekolah PN yang selama ini menggondoli piala kemenangan. Mengenangkan kehidupan waktu kecil amatlah menyeronokkan. Sesuatu yang manis sukar untuk dilupakan. Teringat aku pada teman-teman waktu kecilku. Dan ketika ini mereka hidup dalam dunia mereka.


Terselit juga kisah cinta monyet Ikal dengan gadis Tionghua “Ah Ling”. Aku suka pada puisi-puisinya penuh dengan siratan. Andai aku penerima puisi seperti ini. Pasti hatiku mekar berbunga seperti di awang-awangan J


Bunga Krisan

Ah Ling, lihatlah ke langit

Jauh tinggi di angkasa

Awan-awan putih yang berarak itu

Aku kirim bunga-bunga krisan untukmu


Aku suka juga pada pesanan Tok Bayan Tula. “Kalau ingin lulus ujian, buka buku, belajar”. Pesanan yang tertuju pada Mahar dan Flo yang terlalu taksub dengan dunia kedukunan Tok Bayan Tula. Ini sangat-sangat menyedarkan aku, tiada jalan mudah untuk berjaya tanpa usaha yang gigih. Walau bagaimanapun, tidak semua impian akan menjadi kenyataan. Kadang sesuatu yang memeritkan lebih menghantui. Itulah yang dinamakan kehidupan. Kisah 10 orang sahabat dan pelajar ini banyak mengajar aku bahawa manusia ini adalah unik. Ketentuan masa depan yang tiada sesiapa pun ketahui hinggakan berlakunya apa yang telah ditulis oleh-NYA. Aku berharap aku segigih Bu Mus yang mampu mendidik anak-anak ini.