Kali pertama kaki ini menjejak di kebun kopi abahku. Setelah bertahun-tahun aku menyepi dan meninggalkan saat aku berkejaran di tanah ini. Inilah kebun abahku. Satu-satunya kebun yang menanam pokok kopi. Walaupun tanaman ini semakin pupus di kawasan kampungku, abah tetap membelanya walaupun hasilnya tidak seberapa. Akan datang aku pun tak pasti tanaman ini masih dipeliharanya. Diselang selikan dengan tanaman kelapa sawit. Mungkin satu masa nanti pasti pokok kopi ini akan ditebang juga.
Sudah lebih seminggu abah menyuruhku memetik buah kopi. Baru hari ini aku melaksanakannya. Saat pertama kali menjejakkan kaki, aku berasa teruja untuk memulakan tugasku. Kebun yang kecil ini rapi dan kemas. Dengan susunan kelapa sawit yang dua kali ganda tinggi ku, rumput yang tumbuh meliar di sebahagian tempat, pokok mengkudu yang dihurung kerengga dan terselit pokok kopi ini di sebalik kelapa sawit. Kuantitinya tidaklah semegah kelapa sawit. Tidak seperti zaman kecilku. Banyak tanaman dan pokok menjalar yang meyukarkan kerja kami. Seingat aku ketika itu aku hanya menemani kakakku, bukan membantunya. Apa yang berlegar dalam fikiran hanyalah keseronokan. Bermain, panjat pokok, memetik buah markisa yang masam, bergaduh dengan abangku dan mengumpul biji kopi. Bila bosan dan penat mulai hadir aku akan mengajak kakakku pulang. Walhal matahari tidak setinggi mana.
Pokok kopi yang semakin pupus ini tidaklah setinggi pokok rambutan dan tidaklah serenek pokok senduduk. Pokok yang setinggi aku sangat-sangat memudahkan aku memetik buahnya. Kopi yang merah amat menarik. Tambahan pula, buah yang tumbuh secara berkumpulan di ranting kecil ini kesemuanya berwarna merah. Yang memandang tentukan tertarik apa lagi untuk memetiknya. Satu kepuasan bila jari jemari ini menggenggam sekumpulan buah kopi tersebut. Apapun tidak kesemua buah merah yang dipetik. Buah yang masih hijau dan matang juga boleh dipetik. Membongkok, memanjat, mendongak. Itulah antara aksi-aksi semasa memetik buah kopi. Kadang nasib tidak menyebelahi, aku terjatuh pokok. Sakit pinggang aku. Mujur pokok kopi nie tak setinggi mana. Kurangla kecederaan yang aku alami.
Kadang sesetengah pokok dihuni semut hitam. Kadang kerengga yang bermahajaralela. Terpaksalah berdepan juga. Nak dibiarkan sayang pula. Lebih-lebih lagi buahnya merah menyala seakan-akan melambai aku untuk memetiknya. Sengatan serangga-serangga ini tak dapat nak dikata. Sekali kena gigitan, akan berlanjutan di tempat yang berlainan. Bukan seekor tapi berekor-ekor. Padahal tidaklah sebesar mana serangga ini. Nasib badan lah. Keputusan terakhir membiarkan sahaja buah-buah tersebut kering tanpa sedikit pun disentuh. Dan akhirnya kami pulang dengan hasil sekarung guni beras dalam anggaran 50kg.

1 ulasan:
hehehehehe....huhuhuhuhu.....hahahahah......kekekekekekek
Catat Ulasan