Saat ini diri bagaikan debu yang melayang tanpa tujuan. Diusir ke sana ke mari tanpa pegangan. Hati kadang pilu mengenangkan. Walhal tiada yang dapat dikenangkan. Bibit2 kata hanya mainan hati yang berbicara tanpa kesudahan. Kadang otak tidak dapat mentafsirkan apa yang hati inginkan. Kecelaruan hati benar2 menghimpit fikiran. Atas dasar apa keputusan perlu diutarakan. Pada hal fizikal memerlukan 1 kata putus untuk meneruskan setiap perbuatan. Tapi sukar untuk berbuat sedemikian. Apakah yang perlu aku lakukan?
perbaiki dan perelokkan hubungan denganNYA,mengadu,merayu,merintih,meminta.....
diantara takut-takut tak diterima tapi harap-harap permintaan itu di terima akan di temui kemanisan,yang mungkin satu jawapan kepada soalan yang tak sudah-sudah.
coretan yang tak seberapa... hanya sekadar mengisi masa lapang... yang baik jadikan teladan... yang buruk buat sempadan... kerana aku hanya manusia... hamba yang tak lepas melakukan kesilapan... hamba yang mencari jalan kebenaran... juga cinta dari DIA yang amat Agung...
RENUNGAN
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu" Imam Nawawi
PETUA KESIHATAN
Dr. Robert D Willix Jr dalam bukunya “Health And Longevity Newsletter” menggelarkan pegaga sebagai “herba ajaib” kerana ia membantu peredaran darah, darah rendah dan kesihatan kulit. Bangsa Cina mengenalinya sebagai Ching Chow Sui sementara bangsa India menamakannya Valeeri dan Gotru Kola. Di dalam buku Malaysia Medicinal Plants for The Treatment of Cardiovascular Diseases, kegunaan herba pegaga untuk penyakit kardiovaskular termasuk kesihatan jantung dan pembersihan darah
1 ulasan:
perbaiki dan perelokkan hubungan denganNYA,mengadu,merayu,merintih,meminta.....
diantara takut-takut tak diterima tapi harap-harap permintaan itu di terima
akan di temui kemanisan,yang mungkin satu jawapan kepada soalan yang tak sudah-sudah.
sehingga itu,tabiat kita ialah sabar!
Catat Ulasan