Rabu, 30 Julai 2008

SEJARAH ISRAK MIKRAJ



Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat..semoga Allah menerima dan memberkati amalan kita di dunia ini..dan kita tergolong dalam hambanya yang beriman...amin..oleh itu, marilah kaum muslimin dan muslimat bersama-sama lah kita mengejar dan menambahkan amalan kita..kerana kita hanyalah hamba sepenuh masa...Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."


Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."


Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail’ jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."


Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.


Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S."Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj. wallahua'lam

Selasa, 29 Julai 2008

SENDIRI


Terkapai-kapai ku sendirian

Mencari arah tuju kehidupanku

Perlukah aku teruskan

Atau berhenti hanya di sini

Aku sendirian

Mencari siapa diri ini

Yang hanyut dibuai mimpi palsu

Lemas dengan godaan dunia

Kehidupan duniawi

Melalaikan aku dengan kewujudan Tuhan

Yang maha Agung

Yang sentiasa bersama akan hambanya

Aku tidak bersendirian lagi

Mengingatinya dan mencintainya

Seluruh jiwa ku serahkan kepada NYA

Kerana DIA sentiasa bersama hambanya



Khamis, 17 Julai 2008

HAKIKAT HUJAN

Hujan!! Apakah yang dikatakan hujan. Tahukah kita hujan memberikan banyak tujuan atas penurunannya. Hujan! Apabila awan tidak dapat menakung air lagi. Maka turunlah air yang dinamakan hujan. Hujan! Alangkah indahnya hujan. Menyejukkan muka bumi. Menambahkan rezeki dan menyuburkan tanaman.

Setiap kejadian adalah rancangan dari ALLAH SWT. Dia lebih mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu kejadian itu. Kerana apa yang ada di alam ini adalah ciptaanNYA.

ALLAH mengkehendaki turunnya hujan. ALLAH mengkehendaki berhentinya hujan. ALLAH mengkehendaki hujan yang singkat. Dan ALLAh juga yang mengkehendaki hujan yang lama. Semua adalah kehendakNYA.

Apa yang dapat kita lakukan. Hanyalah menerima kejadian alam ini. Menerima dengan redha, sabar dan yakin. Kerana ALLAH yang Maha Esa.













Hujan yang turun bagaikan mutiara
Menyirami apa yang ada di muka bumi
Kerana itulah kehendak Tuhan
Yang Maha Mengetahui

Hujan turun menyejukkan bumi
Setelah bumi panas dipancar matahari
Setelah pohon layu kehausan
Kerana Tuhan mengasihi mahkluknya.

Hujan bagaikan satu petaka
Menhancurkan bumi dengan airnya
Maka terjadilah banjir
Kerana itulah perintah Tuhan
Yang Memberikan petunjuk kepada hambanya

Selasa, 15 Julai 2008

PELAJAR VS MAHASISWA




Erm teringat tadi lecture yang disampaikan oleh EN Razali. Memang betul pun apa yang dia kata. Kata-kata nasihat untuk bakal guru kini. Macam mana nak didik anak bangsa kalau diri sendiri tidak dididik. Ape yang patut kita lakukan untuk masa depan bangsa kini. Semangat mencari ilmu disalahgunakan untuk mencapai satu sijil. Camni ke yang dikatakan seorang pendidik??

Kadang aku sendiri keliru. Trend pelajar masa kini. Datang kuliah semata-mata syarat untuk mendapatkan kehadiran. Aku pun kadang begitu. Penat, letih semuanya ada. Kadang pelajar terlalu dibebankan. Jadual kelas tak menentu. Belum lagi assignment. Ntahla. Tapi itulah kehidupan mahasiswa. Senang susah kena lah ditempuh juge.

Kadang aku malas nak berfikir. Aku wat xtau je. Malas nak beratkan kepala aku nie ngan berfikir. So tenang cikit rasenya. Tapi aku terasa sendiri dengan kata-kata Lecturer tadi. Pelajar sekarang malas nak berfikir. Tak tahu dan tak nak kembangkan fikiran mereka. Sepatutnya pelajar kena berfikir setiap hari even pakai baju warna ape pun kena difikirkan juga. Coz warna mempengaruhi tindakan dan emosi kita..Hahaha terkena aku kali ini.

Apa yang penting semangat belajar tue kena ada. Kena pupuk kalu lemah. Bukan senang nak belajar. Ilmu yang diterima kenalah digunakan sebaiknya. Bukan disalahgunakan atau dilupakan. Lupe..hahaha..itulah penyakit kronik aku. Perkara kecik pun kadang leh lupa..Ya Allah, permudahkan segala urusanku. AMIN……

Rabu, 9 Julai 2008

TAHNIAH




Tahniah kepada kawan-kawan yang baru mendapat cahaya mata lebih2 lagi anak pertama.. senyum ceria la korang yek..Tahniah buat fiza yang baru mendapat anak perempuan.. NUR ALLYSA DAYANA.. mesti comei macam mama dia..tahniah juga wat saina ngan fuzah..juga kepada mama-mama yang
baru mendapatkan baby..

Ahad, 6 Julai 2008

Dah Balik Upsi Dah!!!!



ari ni dah balik upsi dah,lps cuti maha panjang yang memenatkan,membosankan.....dan ape2 aje/satu je main kat kepala aku sekarang ni,kerja belambak lum siap ROS......kena berjihad la kau kat Usim,ni la jadi nya kalau cuti asyik SMS,TV,TIDO....jom berjihad ng aku,kepada sapa2 yang ikut perangai aku mase cuti.....