Jumaat, 23 Januari 2009

novel_laskar pelangi



Tajuk : Laskar Pelangi

Penulis : Andea Hirata

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd

Harga : RM28.00/RM31.00



Aku baru sahaja menghabiskan novel ini. Walaupun masa begitu terhad aku curi-curi sedikit masa yang ada untuk menyelesaikan pembacaanku. Kisah yang sangat menarik. Kadang terdetik di hati ini rasa cemburu dan iri terhadap kekuatan nilai persahabatan yang ditampilkan Penulis.


Laskar pelangi satu nama yang mengisahkan tentang kehidupan 10 orang pelajar Muhammadiyah, sekolah kampung yang hampir-hampir dimusnahkan pada ketika itu. Ikal (penulis), Lintang, Mahar, Kucai, Sahara, Samson, Trapani, Ah Kiong, Shahdan dan Harun. Walaupun dari kalangan keluarga miskin, anak-anak ini nekad dan bersemangat untuk bersekolah. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri lebih-lebih lagi Lintang dan Mahar yang memiliki kecerdasan dalam bidang masing-masing hinggakan nama sekolah Muhammadiyah menjulang dengan kemenangan dalam seni persembahan yang diterajui oleh Mahar, juga pertandingan kecerdasan yang dipimpin oleh Lintang. Kegeniusan mereka mampu mengalahkan sekolah PN yang selama ini menggondoli piala kemenangan. Mengenangkan kehidupan waktu kecil amatlah menyeronokkan. Sesuatu yang manis sukar untuk dilupakan. Teringat aku pada teman-teman waktu kecilku. Dan ketika ini mereka hidup dalam dunia mereka.


Terselit juga kisah cinta monyet Ikal dengan gadis Tionghua “Ah Ling”. Aku suka pada puisi-puisinya penuh dengan siratan. Andai aku penerima puisi seperti ini. Pasti hatiku mekar berbunga seperti di awang-awangan J


Bunga Krisan

Ah Ling, lihatlah ke langit

Jauh tinggi di angkasa

Awan-awan putih yang berarak itu

Aku kirim bunga-bunga krisan untukmu


Aku suka juga pada pesanan Tok Bayan Tula. “Kalau ingin lulus ujian, buka buku, belajar”. Pesanan yang tertuju pada Mahar dan Flo yang terlalu taksub dengan dunia kedukunan Tok Bayan Tula. Ini sangat-sangat menyedarkan aku, tiada jalan mudah untuk berjaya tanpa usaha yang gigih. Walau bagaimanapun, tidak semua impian akan menjadi kenyataan. Kadang sesuatu yang memeritkan lebih menghantui. Itulah yang dinamakan kehidupan. Kisah 10 orang sahabat dan pelajar ini banyak mengajar aku bahawa manusia ini adalah unik. Ketentuan masa depan yang tiada sesiapa pun ketahui hinggakan berlakunya apa yang telah ditulis oleh-NYA. Aku berharap aku segigih Bu Mus yang mampu mendidik anak-anak ini.

Rabu, 21 Januari 2009

celaru

Saat ini diri bagaikan debu yang melayang tanpa tujuan. Diusir ke sana ke mari tanpa pegangan. Hati kadang pilu mengenangkan. Walhal tiada yang dapat dikenangkan. Bibit2 kata hanya mainan hati yang berbicara tanpa kesudahan. Kadang otak tidak dapat mentafsirkan apa yang hati inginkan. Kecelaruan hati benar2 menghimpit fikiran. Atas dasar apa keputusan perlu diutarakan. Pada hal fizikal memerlukan 1 kata putus untuk meneruskan setiap perbuatan. Tapi sukar untuk berbuat sedemikian. Apakah yang perlu aku lakukan?

Rabu, 14 Januari 2009

kopi ooo kopi

Kali pertama kaki ini menjejak di kebun kopi abahku. Setelah bertahun-tahun aku menyepi dan meninggalkan saat aku berkejaran di tanah ini. Inilah kebun abahku. Satu-satunya kebun yang menanam pokok kopi. Walaupun tanaman ini semakin pupus di kawasan kampungku, abah tetap membelanya walaupun hasilnya tidak seberapa. Akan datang aku pun tak pasti tanaman ini masih dipeliharanya. Diselang selikan dengan tanaman kelapa sawit. Mungkin satu masa nanti pasti pokok kopi ini akan ditebang juga.

Sudah lebih seminggu abah menyuruhku memetik buah kopi. Baru hari ini aku melaksanakannya. Saat pertama kali menjejakkan kaki, aku berasa teruja untuk memulakan tugasku. Kebun yang kecil ini rapi dan kemas. Dengan susunan kelapa sawit yang dua kali ganda tinggi ku, rumput yang tumbuh meliar di sebahagian tempat, pokok mengkudu yang dihurung kerengga dan terselit pokok kopi ini di sebalik kelapa sawit. Kuantitinya tidaklah semegah kelapa sawit. Tidak seperti zaman kecilku. Banyak tanaman dan pokok menjalar yang meyukarkan kerja kami. Seingat aku ketika itu aku hanya menemani kakakku, bukan membantunya. Apa yang berlegar dalam fikiran hanyalah keseronokan. Bermain, panjat pokok, memetik buah markisa yang masam, bergaduh dengan abangku dan mengumpul biji kopi. Bila bosan dan penat mulai hadir aku akan mengajak kakakku pulang. Walhal matahari tidak setinggi mana.

Pokok kopi yang semakin pupus ini tidaklah setinggi pokok rambutan dan tidaklah serenek pokok senduduk. Pokok yang setinggi aku sangat-sangat memudahkan aku memetik buahnya. Kopi yang merah amat menarik. Tambahan pula, buah yang tumbuh secara berkumpulan di ranting kecil ini kesemuanya berwarna merah. Yang memandang tentukan tertarik apa lagi untuk memetiknya. Satu kepuasan bila jari jemari ini menggenggam sekumpulan buah kopi tersebut. Apapun tidak kesemua buah merah yang dipetik. Buah yang masih hijau dan matang juga boleh dipetik. Membongkok, memanjat, mendongak. Itulah antara aksi-aksi semasa memetik buah kopi. Kadang nasib tidak menyebelahi, aku terjatuh pokok. Sakit pinggang aku. Mujur pokok kopi nie tak setinggi mana. Kurangla kecederaan yang aku alami.

Kadang sesetengah pokok dihuni semut hitam. Kadang kerengga yang bermahajaralela. Terpaksalah berdepan juga. Nak dibiarkan sayang pula. Lebih-lebih lagi buahnya merah menyala seakan-akan melambai aku untuk memetiknya. Sengatan serangga-serangga ini tak dapat nak dikata. Sekali kena gigitan, akan berlanjutan di tempat yang berlainan. Bukan seekor tapi berekor-ekor. Padahal tidaklah sebesar mana serangga ini. Nasib badan lah. Keputusan terakhir membiarkan sahaja buah-buah tersebut kering tanpa sedikit pun disentuh. Dan akhirnya kami pulang dengan hasil sekarung guni beras dalam anggaran 50kg. 

Ahad, 11 Januari 2009

Novel_Matahari di atas Gilli








Tajuk : Matahari di atas Gilli

Penulis : Lintang Sugianto

Penerbit : PTS LITERA UTAMA

Harga : RM25.50/RM28.50



Mengisahkan kehidupan di Gilli yang merupakan sebuah pulau yang jauh daripada kemajuan. Kedatangan Suhada sebagai isteri Suamar telah banyak mengubah cara pemikiran masyarakat Gilli. Bagaimana Suhada meningkatkan tahap pendidikan kanak-kanak serta mengubah pemikiran tetua masyarakat Gilli tentang kepentingan pendidikan. Setelah pemergiannya menyahut seruan Ilahi, peninggalan dan perubahan yang dilakukannya tetap diteruskan. Bahasa Indonesia terus berkembang dalam masyarakat Gilli. Itulah semangat Suhada.


Biarlah aku menjadi api

Pada damar yang menempel di dinding-MU

Meski tak layak cahayaku

Menyamai matahari-MU

Sebab api di atas sumbu hanyalah jiwaku

Api yang tak benderang

Api yang kecil

Api yang selalu dipermainkan angin

Aku ialah api

Yang menyala selama-lamanya untuk-MU

Meski minyak telah kering pada sumbu


Inilah puisi pertama Suhada watak dalam novel ini. Semangat dan ketabahannya seperti api besar yang menyala2 sehingga kepanasannya dirasai orang di sekelilingnya. Membaca novel ini memberikan aku satu semangat dan membuka mata aku tentang kehidupan yang tidak selalunya indah. Dan aku pelajari hidup manusia yang serba kekurangan serta bagaimana manusia mengatasi kekecewaan yang sering hadir. Hanya DIA tempat bergantung.


Novel ini juga menerapkan watak Suamar sebagai suami Suhada. Kehidupannya sungguh malang sejak kematian Suhada. Hidup dalam dunia ciptaannya. Juga watak Buk No, Umi dan Aba yang banyak diukir dengan kekecewaan dan kesedihan. Inilah mainan kehidupan.

Selasa, 6 Januari 2009

satu permulaan

Selamat kembali untuk ku juga kawan2 seperjuangan lainnya. Permulaan yang menyedihkan. Belum pun kaki ini menjejakkan kaki di bumi perjuangan, aku kehilangan telefon. Atas kecuaian aku sendiri. Memang bukan rezeki aku. 3 kali aku kehilangan, dan ketiga2nya bukan rezeki aku. Malangnya nasib aku. Terasa juga sedih atas kehilangan ini tapi aku lebih sedih memikirkan tabiat manusia yang suka mengambil barangan orang, juga mereka yang suka mengambil kesempatan. Aku antara mangsa di antara beribu mangsa di luar sana. Ke mana perginya nilai kemanusiaan kita? Layakkah kita digelar manusia? Sepatutnya kita tanam dan semai sedikit perubahan demi kebaikan diri kita setiap hari. Tambahan tahun baru dengan permulaan baru. Itu yang perlu aku buat juga sekelian umat di muka bumi ini. Perbaiki diri demi kebahagian diri sendiri. Demi keutuhan. Demi mendapat keberkatan. Bermacam tragedi yang menimpa manusia. Kes tanah runtuh, kemalangan maut, kematian tragis dan macam2 lagi. Dunia akhir zaman semakin hampir. Tapi manusia masih ditakuk lama. Malah lebih menydihkan lagi. Doa aku moga aku di antara hamba yang mendapat keredhaan. Juga doa buat rakyat palestin, lebih2 lagi yang terkepong di Masjidil Al Aqsar...moga mereka mendapat kesejahteraan... amin...