Ahad, 31 Ogos 2008

MERDEKA


selamat hari kemerdekaan kawan2..semoga kemerdekaan kali ini merubah kita kepada yang lebih baik..baru tadi kedengaran laungan merdeka di kolej ku..sambutan secara sederhana tapi meriah..pepn dengan bacaan doa sempena merdeka kali ini banyak memberikan kita lebih keberkatan..haaa kedengaran lagi laungan "merdeka"..salam kemerdekaan..

Sabtu, 30 Ogos 2008

MERDEKA vs RAMADHAN


Merdeka??? Ramadhan???

Mane 1 persiapan yang perlu kita lakukan. Tepuk dada tanya iman. Xsalah menyambut hari kemerdekaan. Kerana kita merupakan rakyat Malaysia. Mencintainya negara tidak salah kerana ia adalah digalakkan dalam islam. Akan tetapi beringatlah jangan sampai berlebihan dan akan menjauhkan hati kita daripada membuat persediaan untuk menyambut ramadhan. Ramadhan bukanlah sambutan biasa. Malah ramadhan merupakan bulan paling mulia antara 11 bulan yang lain. Malam nie kita akan mendengar laungan MERDEKA oleh PM kita. Biasanya rakyat akan keluar untuk meraihkan bersama. Terutama muda mudi. Adakah sambutan tahun nie sama dengan tahun2 sebelumnya? Mengikut tradisi kebiasaan atau sebaliknya. Adakah muda mudi terus hanyut dalam tradisi ini atau beralih arah? Sama2 kita renung dan fikirkan. Yang mana pilihan hati kita.

Attempting Biggest Jalur Gemilang Made Of Coconut Shell- KHAR

Bahang kemerdekaan kian terasa. Tambah pulak kolej aku bertungkus lumus menyiapkan bendera Malaysia yang diperbuat daripada susunan tempurung. Kerah tenaga ahli2 yang terlibat dalam proses ini sampai tak tidur malam. 2 la semangat mahasiswa Malaysia yang ditunjukkan oleh mereka. Tambah lak hari ini merupakan penentuan samada ia tercatat dalam Malaysian Books of Record. Lepas asar tadi perasmian dilangsungkan. Biasala awal 2 ucapan dan tak lupa persembahan daripada ROTU. Mereka mencatatkan rekod sebanyak lebih 45000 tempurung kelapa digunakan bagi menghasilkan bendera Malaysia. aku pun x berapa pasti jumlah sebenarnya. Bagi aku nie la sambutan paling hebat selama aku study kat sini. Tahniah korang. Tapi jangan setakat laungan kemerdekaan dan mengikut trend. Jiwa dan raga kenala merdeka dari segala pemikiran jajahan.


haa nie dia hasilnya... cantik kan.. jalur gemilang daripada lebih 45,000 tempurung kelapa... tahniah korang.. atas usaha gigih mahasiswa kolej harun aminurrashid...


ni dia usaha gigih rakan-rakan kita.. susah payah dipikul bersama..





Jumaat, 29 Ogos 2008

Logo Merdeka ke-51



Logo Medeka ke-51 telah dicipta oleh En Anuar Dan.
Beliau telah menerima Rm10,000 atas seni ciptaannya.

Manakala lagu pula adalah ciptaan pak ngah dan lirik pula diilhamkan oleh Lokha. Lagu ”Perpaduan Teras Kejayaan” Sempena Sambutan 51 Tahun Kemerdekaan.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring

Satu Amanah Kerjasama

Jadi Teras Bangsa Mulia

Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat

Moga Terserlah Perpaduan

Agar Teguh Dipersada

Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang

Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni

Nurani Ikhlas

Dihati Murni

Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu

Bersatu Gagah Bercerai Rebah

Hindarkan Hasrat Sengketa Kita

Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu

Berpadu Bulat Kata Sepakat

Menjadi Cita Negara Jaya

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan


Khamis, 28 Ogos 2008

HISTERIA - SMK Tanjung Lumpur

Histeria di SMK Tanjung Lumpur terus jadi misteri

KUANTAN 27 Ogos – Misteri gangguan histeria ke atas para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini masih belum terjawab dan seolah-olah tidak berkesudahan.

Doa aku semoga masalah nie menemui jalan penyelesaiannya. Tambah lak pelajar2 akan menhadapi peperiksaan penting tak lama lagi. Dengan kedatangan ramadhan ini harap pelajar2 dapat menunaikan ibadat dan amalan kebajikan dengan hati yang tenang. Semoga para pelajar dan juga guru di sekolah tersebut dikuatkan semangat dan di tetapkan iman. Allah sentiasa bersama hambanya. Amin...

Selasa, 26 Ogos 2008

HARAPAN RAMADHAN


Tinggal beberapa hari je lagi ramadhan bakal menjelang. Harapan ku semoga ramadhan kali memberikan seribu manfaat buat aku dalam mencari keredhaan Tuhan. Ini la masa terbaik aku dan umat islam mendekatkan diri dan mengumpul sebanyak mungkin amalan yang menjadi bekal kita di alam akhirat nnt. Yang hidup pasti mati. Itulah ketentuannya.

Andai ini ramadhan terakhir.

Akan ku sisipkan masa dengan pelbagai kebajikan

Andai ini hari terakhirku.

Akan ku dambakan diri untuk mendapat redhaMU.

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku

Ya Allah kau tetapkanlah iman dan perkukuhkan keislamanku

Agar aku tidak berpaling dariMU

Agar aku sentiasa mencintaiMU

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Begitu besarnya nikmat ramadhan, sehinggakan malaikat berdo’a seperti demikian. Dikesempatan ini apa yang dapat aku lakukan adalah MEMOHON MAAF kepada sesama hamba Allah. Maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa.

Kepada mak abah...

Maafkan ssegala kesalahan anak ini

Maafkan segala keterlanjuran anak ini

Yang banyak menyakiti hati kalian

Kepada mak abah

Ampunkan setiap kesilapan anak ini

Kerana anak ini terlalu egois

Kerana anak ini terlalu hipokrit

Kepada mak abah

Halalkan segala permintaan anak ini

Baik yang nampak atau yang tersembunyi

Kerana anak ini tak pernah puas

Kerana anak ini tidak pernah serik

Maafkanlah anak ini.

Kepada kakak, abang dan adik yang disayangi. Maafkan kesalahan dan kesilapanku. Kita hanya manusia dan kerana itu bukan lah sebaik2 hamba. Segala keterlanjuran dan kekerasan harap dapat dimaafkan. Kerana kalian adalah harta kesayanganku. Kepada rakan-rakan dan yang mengenali diri. Maafkan segala kesulitan dan kekasaran yang pernah aku lakukan. Kerana segala yang buruk adalah atas kesilapanku sendiri. Kerana ego manusia bercampur dengan bisikan iblis telah membinasakanku.


Ya Allah… jauhkanlah kami semua dari azab neraka-Mu sesungguhnya kami hanyalah makhluk yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu… Ya Allah andai kami ditakdirkan panjang umur Kau permudahkanlah jalan hidup kami… terangilah dan suluhkanlah kami jalan kebenaran dan seandainya Kau mengkehendaki kami kepada-Mu, izinkan kami menyahut seruan-Mu itu dengan bekal yang mencukupi…. berilah kami masa untuk menghapuskan noda di hati kami. Sesungguhnya kami semua ingin menemuiMu tetapi dengan rendah hatinya kami merasakan kami tidak layak untuk SYURGAMU Ya Allah..

(Harapan Ramadhan ~ Man Bai & Raihan )

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali in
i penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Moga Ramadhan kita kali ini akan lebih bererti buat kita semua. Untuk renungan bersama… :

Firman Allah..

“Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya”

Surah Asy Syam ayat : 1-10

Isnin, 25 Ogos 2008

PERCUTIAN KELUARGA KU



Aik bila lagi la nak g melancong nie kakak2 ku ngan abang2 ku. Lame dah xbercuti nie. Xyah la g jauh2 yang dekat pun ok gak. Kalu dulu g pangkor. 2 la paling jauh kita semua g kan. Hehe. Pepn thanks kakjam ngn family yang sponsor semua tue. Lain kali rezeki melimpah2 bawak lah g jauh lagi ek. Hehe. Doa ku untukmu. Kuikui. Pepn bile berkumpul ramai2 nie memang la seronok kan. Tambah lak pergi just untuk bercuti bukan atas urusan lain. 2 lagi la nikmat.

Cite pasal pangkor ini. Kami sekeluarga ditaja oleh kakak ku yang ketiga. Murah rezeki dia. Ajak la kami sekeluarga. Plan punya plan pangkor jadi pilihan. Tambah lak sesuai untuk yang berkeluarga nie. So pada hari yang ditetapkan kami pun bertolak menaiki 2 buah kereta dan 1 van. Awal pagi kami bertolak. Siap wat bekal lagi mase tue. Maklumlah mak nie kalu nak g jauh ade je yang disediakannya. So nnt xdela kebulur tengah jalan. Hehe. 2 la kelebihan mak.

Sampai je kat lumut dalam tenghari. Kami berehat dulu kat jeti tue sebelum menaiki feri. Mase tue lah kami melantak makan. Masing2 lapar. Hehe. Sementara menunggu akak ngn suami dia uruskan tiket feri so kami pun meronda la mane2 yang patut. Nie la kali pertama aku menaiki feri. Keluarga ku yang lain dah banyak kali. Maklumlah time aku kat Sarawak time tue lah macam2 plan diorang nie.so tak dapatlah aku nak join sama.

Sampai je masing2 berehat. Malam tue baru semua kuar tok cari makan. Dalam perancangan dok makan semeja satu keluarga. Tapi kami lambat kuar. Semua restoran penuh. So terpaksa la makan secara berasingan. Huhu. Xkisahlah janji masing2 dah terisi perut tue.

Awal pagi lagi aku ngan 2 orang adik ku g pantai. Nak mandi laut. So mandi punya mandi tetiba badan rasa gatal. Rasa sakit digigit binatang. Tak tau binatang ape. So kami bertiga pun naik ke bilik memberseihkan diri. Terbantut nak berseronok tau. Kacau daun betol la binatang tue. Huhu.

Mase kami berehat. Adik beradik lain turun mandi. Kecoh la diorang. Tapi kami bertiga penat dah. So lepak kat bilik je. Time kami xde lah abang2 dan kakak2 ku naik kayak. Hampehla korang. So xmerasa nak naik kayak. Dekat tengahari tue baru kami berturun. Mase tue baru join diorang semua mandi. Huhu. Memang seronok. Macam2 gelagat. Bukan setakat budak2 kecik je. Yang besar2 nie pun sama gak. Hehe. Abah siap ajar kami berenang. Maklumlah anak2nya semuanya xtau berenang. Hehe.

Bile matahari naik tinggi kami pun beredar. Masing2 bersihkan diri dan berehat. Terbongkang semuanya mase tue. Letih sesangat. Pepn petang tue kami ade aktiviti lain. Meronda 1 pulau. So sewa la van. Yang nak naik moto pun boleh. Hehe. Bahaya gak jalan kat sini. Bukan tanah rata. Kena naik bukit turun bukit redah hutan. Takut tengok pakcik yg bawa van nie. Main redah je dia. Kononnya dah biasa. Tapi pepn kami selamat sampai kat tempat yang dituju.

Makan malam kali nie dapatlah kami sekeluarga berkumpul bersama. Masing2 kuar awal nak dapatkan tempat. Baru meriah makan ramai2. Makan seafood la. Ikan masak 3 rasa, sotong, udang dan lain2 lagi. Thanks kakjam atas makan malam kali nie. Memang best. Hehe.

Keesokan hari kami bersiap nak bertolak balik. Huhu. Rase cam sekejap je kat situ. Pepn kami semua sangat berterima kasih pada kakjam n family atas usaha dia mengumpulkan kami semua. Thanks atas tajaan dia. Thanks atas keprihatinan dia. Semoga sentiasa murah rezeki ye. Amin.








Sabtu, 23 Ogos 2008

MERDEKAkah kita???

Tak lama lagi sampailah hari kemerdekaan. Sempena sambutan bulan keMERDEKAan ini. Boleh la dikongsi apa2 pandangan yang dapat dimanfaat untuk semua. Sempena merdeka jugalah akan kedengaran la lagu-lagu keMERDEKAan yang berkumandang. Tiba je 31 Ogos...tentunya semua terlintas sambutan hari kemerdekaan dgn macam2 sambutan dan aturcara sempena meraihkan kemerdekaan. Namun terfikirkah kita. Apakah sebenar nilai kemerdekaan itu? Merdekakah kita dalam erti kata yg sebenar? Mungkin pengertian merdeka pada kite hanyalah merdeka dari penjajahan tapi adakah kite lupe penjajahan minda yg semakin berleluasa dlm masyarakat kite?? Merdekakah kita drpd mempunyai hati dan jiwa dr sifat2 mazmumah...hasad dengki, khianat, irihati, FITNAH, tamak haloba, hasut menghasut dan sbgnya? Terutamanya yang beragama Islam, berpakaian terdedah sana sini, melambat2kan solat, budaya hedonisme yg membuatkan kite terlalu cintakan hiburan. Jgn sekadar menjadikah kemerdekaan itu sbg satu perlambangan rutin turun temurun tapi sepatutnya ia menjadikan satu pegangan kita sebagai rakyat Malayisa ke arah anjakan paradigma pemikiran yg masih terasas pada nilai-nilai diri dan jati diri sesuatu bangsa dan masyarakat dan jua tidak menyimpang dr fikrah islami. Oleh kerana itu apapun jua keadaan kita hargailah apa yang kita ada..kerana itu lebih bererti daripada mencari sesuatu yang tanpa kepastiannya


Jumaat, 15 Ogos 2008

NISFU SYAABAN- 15 Syaaban 1429H

Kenapa kita selalu lupa dengan kedatangan nisfu syaaban. This is the problem when you are too busy with the duniawi and other. Sigh L. Hope this year it better than. 16hb-17hb Ogos 2008 nisfu syaaban. Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), Moga xlupa la akan ari tersebut. Esok je kan. Hope I can use the time to do any amalan. Nisfu syaaban adalah hari di mana buku amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. Malam 15 Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menggunakan saat keemasan ini dengan menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah secara baik dan sempurna dan seterusnya berazam dan tekad untuk memperbaiki diri kita dengan amalan2 yang dituntut untuk catatan yang baru pula. Moga Allah memberkati kita dunia dan akhirat. Amin….

Berikut adalah antara amalan pada hari nisfu syaaban

1) Selepas solat maghrib. Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat.

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x.
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2) Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x.
Baca doa nisfu Sya'aban

3) Baca surah ikhlas 1000x

4) Berpuasa pada siangnya (Ahad)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Malaikat Jibrail mendatangi ku pada malam Nisfu Syaaban, seraya berkata : "Hai, Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah, angkat kepala mu dan tadahkan dua tangan mu kelangit".

Aku bertanya : "Hai Jibrail, malam apakah ini?"

Jibrail menjawab : "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyegutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar, terus menerus zina, memakan riba, derhaka kepada ibu dn bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka bertaubat dan meninggalkan kejahatan-kejahatan itu."

KHUSYUK PADA DUNIA

Ahmad merupakan saudagar yang sangat ”khusyuk dan banyak zikir”, akan tetapi bukan khusyuk pada solat dan zikir kepada Allah. Dia seorang peniaga yang sangat giat mengumpulkan harta dan sangat khusyuk mengira harta yang telah dikumpulkannya berjam-jam sehingga lupa makan. Suatu hari ketika sedang mengaudit kira-kira hartanya, dia berkata kepada pelayannya ”Siapkan makanan untukku”. Si pelayan pun menjalankan tugasnya dan menghidangkan makanan yang diminta. Akan tetapi, Ahmad sudah tenggelam dalam keseronokan menghitung kekayaannya sehingga lupa untuk makan sekalipun makanan sudah terhidang. Apabila telah larut malam, dia tertidur tanpa menjamah makanan. Keesokan harinya, apabila terjaga Ahmad terasa lapar dan memarahi pelayannya. ” Engkau tidak menyiapkan makanan untukku malam tadi”. Pelayan menjawab ” Aku telah menyiapkannya, namun tuan asyik menghitung wang sehingga tertidur”. Lantas Ahmad menyuruh pelayannya menyiapkan makanan untuknya lagi.

Untuk kali kedua, si pelayan menghidangkan makanan di hadapan tuannya, namun tuannya sedang asyik menghitung harta sehingga tertidur. Makanan yang terhidang itu dikemas dan diangkat ke dapur oleh si pelayan. Keesokan harinya. ”Masya Allah, engkau tidak menyiapkan makanan untukku”. Kata Ahmad kepada pelayannya. ”Aku telah menghidangkannya, namun tuan asyik dengan harta sehingga tertidur”. Jawab si pelayan. ”tak apalah, buatkan lagi untukku” balas Ahmad.

Pada kali ketiga, Ahmad masih tidak sempat untuk menjamah makanan kerana asyik dengan harta kekayaannya sehingga tertidur. Si pelayan mendapay idea lalu diusapkannya makanan ke bibir tuannya yang sedang tidur. Apabila terjaga keesokan harinya Ahmad merasakan ada bau di bibirnya dan ketika diraba ternyata bibirnya berminyak dan kotor. Dia menyangka dirinya sudah makan tetapi belum membasuh tangan dan mulut. ” Alamak saya belum basuh mulut lagi”. Fikir Ahmad. Lalu dia memanggil pelayannya ” Pelayan, bawakan air basuh padaku”.

Ahmad2 makan pun xsempat ke??berapa banyak lah harta yang dia ada sehinggakan menjamah makanan pun xsempat. Allah telah memberikannya rezeki yang murah tetapi ahmad lena dengan harta yang dimilikinya..Allah kurniakan nikmat harta kepadanya tetapi dia telah hilang nikmat makanan..jadikanlah cerita di atas sebagai pengajaran buat kita..kerana kita hanyalah hambanya..semua yang diberikan kepada kita adalah nikmat dan kita wajib mensyukuri samada nikmat atau ujian..segala yang berlaku ke atas kita ade hikmah yang tersembunyi..

JUMAAT 080808

Jumaat 080808

Penat berlatih tau..bukan senang nak menghafal kod tangan nie.. kadang ade perkataan yang tak de dalam KTBM.. so kena la mengeja.. dalam tido pun boleh termimpi2.. hehe.. pepn aku bersyukur sangat dapat belajar semua nie... satu peluang dan satu cabaran tok diri aku.. aku try lagu krisdayanti tajuk mencintaimu.. lagu nie senang sikit nak wat kod tangan nie.. tambah lak semua perkataan ada dalam KTBM.. so lebih memudahkan aku kan... betol ke tak tue aku tak tau lah.. tutor aku yang menilai semua tue… pepn aku buat yang terbaik tok projek nie... semampunya la kan…

Mencintaimu

seumur hidupku

Selamanya

Setia menanti

Walau di hati saja

Seluruh hidup ku

selamanya

Kau tetap milik ku

Hanya 1 yang tak mungkin kembali

Hanya 1 yang tak pernah terjadi

Segalanya teramat bererti di hati ku

Selamanya

Mencintaimu

Seumur hidupku

Selamanya

Kau tetap milik ku

Jumaat, 8 Ogos 2008

????????


Pening kepala aku nie..ntahla ape yang tak kena pn aku tak tau..semua benda yang aku wat serba tak tentu..hai kenapa dengan aku nie…Ya Allah bantulah hambamu ini… Terasa letih minggu nie.. Pada hal takde la sangat kerja yang aku wat.. mungkin hati ku yang bermasalah.. aku pun tak sure pe masalahnya.. hati ni bercelaru.. macam2 yang difikirkannya.. minggu nie macam2 cerita sedih yang aku dengar.. suatu hari terima mesej dari seorang kawan.. sedih cerita dia.. baru berpisah dengan suami.. tak nak lah bertanya lebih lanjut.. orang tengah bersedih kan.. apepn aku doakan korang akan berbaik semula.. pikirlah sebaiknya yek… masalah sorang lagi tak jadi bertunang.. ikut perancangan cuti sekolah nie majlis dia.. hujung tahun kenduri besar.. tapi tak de jodoh la pulak... maka terputusla.. harap kawan nie dapat bersabar ya… ade hikmah semua tue.. yang penting ade yang terbaik tok kita.. Cuma kita tak tahu siapa dan bila.. kerana Allah dah janjikan perempuan baik tok lelaki baik dan sebaliknya.. kawan baru nie dah lame putus tunang.. sebab putus pn dia tak tahu.. pihak sana yang memutuskannya.. kesian juga la.. sebab dia betul2 sayang kat tunang dia tu.. hamper berbulan2 juga la tak leh nak watpe.. pepn sekarang nie dia dh sedar.. dah bangkit.. hidup kena diteruskan.. doa aku semoga kawan baru nie dapat menjalani hidup dengan tabah dan mendapat jodoh yang lebih baik… amin… Asyik cerita sedih je… cerita best lak kawan2 aku akan melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun nie.. pepn aku doakan yang terbaik tok korang ye.. moga berkekalan selamanya.. J

Ahad, 3 Ogos 2008

Taubat Keinsafan






Salam Syaaban

Salam Syaaban kepada semua. Sempena bulan mulia nie marilah kita bermuhasabah, menilai dan menghitung kembali amalan kita seharian. Jangan lupa juga kita terapkan bulan ini dengan pelbagai amalan dan kebaikan yang berlipat ganda. Ini kerana Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela. Oleh itu sambil muhasabah dan menilai diri kita sebagai hambanya, kita mantapkan lagi iman kita dengan pelbagai ibadat, kebajikan dan kebaikan. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Kita perlu sedar dan memperbaiki diri kita. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buat hambanya. Semoga kita tergolong dalam hamba yang beriman. Amin.