Rabu, 1 April 2009

April Fool

APRIL FOOL… dengar perkataan ini macam-macam terbayang kat kepala untuk mengenakan atau dikenakan. Haah perkara ini memang tak lari daripada pemikiran anak-anak muda zaman sekarang. Aku pun antara salah seorang yang pernah meraikan perayaan ini. Perasaan gembira dan puas apabila perancangan yang disusun mengena sasaran. Itulah aku waktu zaman jahiliah dahulu. Sekarang ni perayaan ini tak membawa pape makna pun dalam hidup. Lebih-lebih lagi setelah membaca sejarah perayaan ini.


Sebenarnya perayaan April Fool's Day mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau dengan tawaran tersebut telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuashati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. (sumber: email)


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Ya Allah selama ini aku meraikan perayaan ini tanpa ku sedari aku meraikan peristiwa pembunuhan saudara ku sendiri. Sama-sama lah kita ingat memperingati antara satu sama lain demi mempertahankan kerukununan umat islam.