Jumaat, 24 Oktober 2008

kehendak dan keinginan

Sejak dua menjak ni aku terlalu buntu untuk meneruskan penulisanku. Entah apa yang mengganggu aku sendiri tak pasti. Walhal perjalanan hidupku berjalan dengan lancar seperti selalunya. Cuma idea yang patut dicurahkan seakan tersekat sehingga mematikan niatku untuk meneruskan penulisan ini. Ya Allah bantulah hambamu ini.

Hari-hariku berjalan seperti selalunya. Walaupun agak sibuk dengan kerja lapangan aku tetap ceria seperti selalu. Malahan selera makan ku bertambah baik. Alhamdulillah syukur padaNYA kerana aku dapat menikmati hidup ini.

Kadang aku sendiri sukar untuk mentafsir diri. Terlalu tersirat hinggakan aku xmampu menilai kehendak diri. Apa yang bermain di fikiran tidak seperti keinginan hatiku. Apa yang ada dalam hati ini jauh berbeza dengan kehendak jiwa. Ya Allah kepadaMU kuserahkan segalanya.

Ya Allah tuhan sekalian alam.
Tuhan yang maha Pemurah.
Tuhan tempat hambaMU berteduh.
Ya Allah ampunkan hambamu ini.
HambaMU terlalu taksub dengan dirinya.
Ya Allah kau permudahkanlah urusan hambaMU ini.
HambaMU ini terlalu lemah.
Ya Allah kepadaMU hamba memohon petunjuk.
Tunjukkan jalan yang benar
Jalan yang penuh dengan keredhaanMU.

Apa yang patut aku lakukan. Perlukah aku mengikut kehendak jiwa ku. Bagaimana dengan kehendak hatiku? Perlukan aku pertimbangkan keinginan hatiku. Bagaimana pula fikiranku dapat menerima semua ini? Kepada MU aku memohon petunjuk Ya Allah. Aku keliru. Sukar untuk memenuhi segalanya. Pasti ada yang menerima kekecewaan. Itukah adat? Itukah lumrah?

Ahad, 12 Oktober 2008

Hidup mesti diteruskan...

“Akan selalu ada suatu keadaan, kenangan dan orang-orang tertentu yang pernah singgah dalam hati kita dan meninggalkan jejak langkah di hati kita dan kita pun tidak akan pernah sama lagi seperti kita sebelumnya” Doony Dhirgantoro

Aku terhenti bila membaca bibit2 ayat tersebut. Lame dan kemudian berulang2 kali aku membacanya. Terkenang pada kisah lalu. Memang kata2 yang kebetulan mengena pada diri sendiri. Walaupun sudah lama berlalu tapi parutnya masih meninggalkan kesan. Ah bodohnya aku masa tue. Bila diingat semula. Aku bagaikan layang-layang yang terputus talinya. Terputus kasih yang hanya dambaan cinta manusia amat2 melalaikan aku. dan aku bagaikan bukan diriku lagi. Itulah risikonya mengambil cinta manusia tanpa sandaran cinta kepada Allah. Beruntungnya aku masih punya keluarga, kawan yang tetap bersama ku. Susah mahupun senang. Itulah kekuatan ku dengan kata2 nasihat seorang ibu kepada anaknya. Kata2 perangsang seorang kawan yang tidak pernah penat membantu. Terima kasih. Kebangkitan yang mendorong aku dekat denganMU. Baru ku sedar betapa alpanya aku membelakangkanMU. Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini. Dan dengan kudrat dan kekuatan yang ada, aku perlu meneruskan kehidupan ku “LIFE MUST GO ON” Semoga kehidupan ku yang kini, esok dan akan datang akan lebih membahagiakan, dan kupohon pada MU Ya Allah moga kau berkati kehidupan ku di dunia dan di akhirat. Amin.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Tunggu Teduh Dulu



Tajuk : Tunggu Teduh Dulu
Penulis : Faisal Tehrani

Lame aku meninggalkan tabiat membaca novel ini. Masa terlalu mencemburui hingga kan aku dikejari dengan pelbagai tugasan lain serta sikap malas yang mecengkam menjauhkan aku dari hobi ini. Kali ini aku tekadkan hati untuk memulakan sekali lagi aktiviti ini. Tunggu Teduh Dulu menjadi pilihan aku. Novel hasil daripada penulisan Faisal Tehrani. Prolog yang ditulis dengan tulus menjadikan aku teruja. Terus dibuai perasaan. Masa dua hari aku luangkan dan akhirnya selesai juga aku membaca.


Novel ini bersifat ketuhanan yang mana manusia memerlukan pergantungan hanya kepadaNYA. Watak Salsabila Fahim, seorang petani moden yang menerapkan cinta kepada tuhannya. Mencari cinta manusia yang dilandasi cinta kepada tuhannya. Serta dugaan yang menghimpit dan bertalu2 menghantuinya dileraikan dengan merujuk kepada DIA.


Bukan Kamil Zahidi ataupun Lam (Saifullah) menjadi pilihan sebagai pemimpin hidupnya tetapi Sazli Zainal yang usianya jauh lebih muda yang berjaya menambat hati wanita ini. ”Kerja Tuhan siapa yang tahu” Pertemuan di Makkah Sazli dan Salsabila seperti dirancang. Dirancang oleh Allah tentunya. Hati terpaut, terus kahwin. Dan benar lelaki baik untuk wanita baik jua. Masyallah. Dan cinta selepas kahwin mereka terus mekar mewangi.


Terdapat pengajaran, pedoman, dan iktibar dalam cerita ini. Tetapi pergantungan terhadap ALLAH membuka mata ku bahawa alpanya manusia terhadap cinta manusia. Biar ribut badai yang melanda, pegangan terhadap tuhan tak kan goyah.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Raya...Raya... Raya...

Menanti kehadiran syawal amatlah ditunggu oleh umat islam. Akan tetapi berakhirnya Ramadhan menjadi satu kepiluan juga. Walaubagaimana pun kita terpaksa redha dengan pemergian Ramadhan dan menerima kehadiran Syawal dengan hati yang senang. Pelbagai persiapan dilakukan dalam menyambut kehadiran Syawal. Baik dengan berpada2 atau berlebih2an. Semuanya mahukan yang terbaik. Bertukar2 makanan adalah satu kebiasan bagi umat islam. Tambah dibulan puasa digalakkan bersedekah. Keluargaku menyiapkan juadah awal dua hari sebelum syawal. Kali ini menu nasi beryani, ayam masak merah, dalca dan acar menjadi pilihan mak saya. Hidangan tersebut disiapkan sebelum masuknya asar. Dan diagihkan2 kepada jiran serta saudara mara dengan harapan menjadi juadah untuk berbuka puasa.



Malam penentuan 1 Syawal hanya saya dan abah di rumah. Yg lain balik ke kampung mertua masing2 dan urusan di KL. Oleh kerana masalah kesihatan, saya dan abah tersadai di rumah. Mendengar pengumuman Syawal pada 1 Oktober memberikan peluang pada saya dan adik2 lain mempersiapkan sedayanya untuk menyambut aidilfitri. Bersama2 membersihkan halaman rumah dan memberikan rona baru pada hiasan dalam. Tue la kebiasan tok menyambut Aidilfitri.


Kali ini, kakak kedua dan ketiga berada bersama. Kami beraya bersama. Makan hidangan enak nasi, ketupat, kuah kacang, dan lauk ayam hidangan dari jiran menjadi pembuka selera pagi raya. Diserikan dengan sembahyang raya serta takbir yang berkumandang menyayat hati setiap pendengar. Tidak lupa bersalaman meminta ampun dan maaf kepada kedua orang tua. Kali ini dapatlah menziarahi jiran dan saudara pada syawal pertama. Tujuan yang sama mengeratkan silaturrahim serta memohon kemaafan.


Hari kedua dan ketiga kami menanti tetamu. Sibuk menyiapkan hidangan sehingga diri tak terurus. Kali ini menu biasa je. Kami masak daging goreng, pecal, sup sayur, ikan dan ikan kering. Tu la yang menjadi santapan tok tetamu raya kedua. Raya ketiga lak lemak pucuk ubi, dalca, daging kari, sambal belacan dan ikan goreng.


Penat beraya, penat menanti tetamu, penat melayan tetamu, penat yang menggembirakan. Masa inilah kita dapat mengeratkan silaturrahim dengan kunjungan sesama saudara. Salam aidilfitri.



xdapat nak bergambar 1 keluarga.. maklumlah masing2 ade keluarga.. ade mertua.. jd nak 1 keluarga berkumpul semua sekali pada pagi raya adalah mustahil.. kena la bergilir.. 2 la adat



kak long, kak ida dan kak jam sekeluarga.. cuma kak nie n family je yang xde gambar.. harap kalian sekeluarga bahagia hendaknay.. amin..

SALAM AIDILFITRI

Lame rasenya tak mencurahkan rasa hati dalam titipan blog nie. Rindu untuk meluahkan rasa cinta dan kasih padanya. Selama cuti selama itulah saya merindui. Sempena kehadiran bulan Syawal nie. Salam Aidilfitri buat tatapan pembaca. Juga rakan-rakan lain. Kepada keluarga yang disayangi. Salam keMaafan dihulurkan. Semoga lebaran memberikan seribu ketenangan buat kita dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pagi ini 10 syawal. Menuntut kepada amalan sunat bulan syawal. Janganlah kita lupakan. Semoga kita sama2 mendapat keberkatan. Amin.

’Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian diikuti berpuasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun itu’.