Selasa, 15 Julai 2008

PELAJAR VS MAHASISWA




Erm teringat tadi lecture yang disampaikan oleh EN Razali. Memang betul pun apa yang dia kata. Kata-kata nasihat untuk bakal guru kini. Macam mana nak didik anak bangsa kalau diri sendiri tidak dididik. Ape yang patut kita lakukan untuk masa depan bangsa kini. Semangat mencari ilmu disalahgunakan untuk mencapai satu sijil. Camni ke yang dikatakan seorang pendidik??

Kadang aku sendiri keliru. Trend pelajar masa kini. Datang kuliah semata-mata syarat untuk mendapatkan kehadiran. Aku pun kadang begitu. Penat, letih semuanya ada. Kadang pelajar terlalu dibebankan. Jadual kelas tak menentu. Belum lagi assignment. Ntahla. Tapi itulah kehidupan mahasiswa. Senang susah kena lah ditempuh juge.

Kadang aku malas nak berfikir. Aku wat xtau je. Malas nak beratkan kepala aku nie ngan berfikir. So tenang cikit rasenya. Tapi aku terasa sendiri dengan kata-kata Lecturer tadi. Pelajar sekarang malas nak berfikir. Tak tahu dan tak nak kembangkan fikiran mereka. Sepatutnya pelajar kena berfikir setiap hari even pakai baju warna ape pun kena difikirkan juga. Coz warna mempengaruhi tindakan dan emosi kita..Hahaha terkena aku kali ini.

Apa yang penting semangat belajar tue kena ada. Kena pupuk kalu lemah. Bukan senang nak belajar. Ilmu yang diterima kenalah digunakan sebaiknya. Bukan disalahgunakan atau dilupakan. Lupe..hahaha..itulah penyakit kronik aku. Perkara kecik pun kadang leh lupa..Ya Allah, permudahkan segala urusanku. AMIN……

1 ulasan:

Islah Mohd berkata...

telus,menarik,menawan...memikat,teruskan...ajak benda yang baik cam saham,banyak yang ikut....tinggi saham ma