Sabtu, 13 September 2008

KHUSYUK PADA AKHIRAT

Khusyuk Pada Akhirat Dengan berzikir

Ahmad bin Harb merupakan seorang sufi yang sudah mencapai peringkat tinggi di Nisaburi. Tidak ada satu masa pun yang dilaluinya tanpa berzikir kepada Allah. Sekiranya sedang berada dalam keadaan makruh menyebut nama Allah dengan bibir, dia akan berzikir dalam hatinya.

Suatu hari dia masuk ke kedai gunting untuk menggunting rambut dan mencukur misainya dalam keadaan mulut tetap berzikir kepada Allah. Demikian juga ketika rambutnya digunting, bibirnya tetap bergerak-gerak. Sampailah masanya tukang gunting akan mencukur misainya, tapi dia merasa kesulitan kerana bibir Harb terus saja bergerak-gerak.

“Tuan, sila jangan menggerak-gerakkan bibir sekejap semasa saya mencukur misaimu.” Pinta tukang gunting.

“Kamu tidak perlu mengganggu urusanku. Kerjakan sahaja tugasmu.” Jawab Ahmad bin Harb.

”Kalu begini susahla tuan.” Kata tukang gunting.

Ahmad tidak berkata lagi. Dia terus berzikir dan menggerak-gerakkan bibirnya tanpa mengendahkan tukang gunting. Si tukang gunting pun meneruskan tugasnya tanpa mengambil kisah keadaan Harb. Akan tetapi setiap kali misai Harb dicukur, bibirnya terluka. Sehingga apabila selesai, tampaklah parut-parut di bibirnya sebanyak gerakan pisau cukur.

”Apalah yang dah jadi dengan orang ini.” Keluh si tukang gunting.

Di masa yang lain, Ahmad bin Harb menerima surat dari seorang temannya, dia meminta agar surat itu dibalas. Akan tetapi, Harb terus sibuk dengan zikirnya sehingga tidak punya masa untuk membalasnya. Suatu hari ketika sedang terdengat suara azan, tiba-tiba dia teringat akan surat temannya yang belum dibalas. Lalu dia mengambil sekeping kertas dan menulis surat balasan kepada temannya. Dalam surat tersebut :

”Janganlah mengirim surat kepadaku lagi kerana aku tidak punya masa untuk membalasnya. Sibukkanlah dirimu dengan berzikir kepada Allah. Sekian.”


Kisah di atas boleh diambil pengajaran dan peringatan buat kita. Sebagai hamba Allah, jangan lah kita lupa untuk sentiasa meletakkan DIA dalam hati kita. Salah satu cara adalah dengan berzikir memuji kebesaran dan keagunganNYA. Zikir merupakan salah satu cara untuk memperoleh perhatian khusus dalam upaya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh dilakukan dengan mengingati Allah dalam hati dan menyebut nama-nama Allah dengan lisan berdasarkan perintah Allah melalui Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Banyak kelebihan zikir yang boleh diperolehi, antaranya meluruskan fikiran kita, menghindarikan diri daripada menyimpang dengan petunjuk Allah dan sebagainya. Kita sebagai manusia umat islam seharusnya menjadikan zikir sebagai teman seharian kita. Zikir atau mengingati Allah adalah wajib bagi hambanya kerana ia melahirkan rasa syukur kita sebagai seorang hamba kepada penciptanya.

Berikut adalah antara kelebihan nerzikir :

  1. Meluruskan fikiran seseorang.
  2. Menghindarikan diri daripada menyimpang dengan petunjuk Allah.
  3. Ingat kepada kekuasaan Allah. Dirasakan dan dirangkaikan dengan renungan atau tafakur.
  4. Mewujudkan keimanan yang lebih mantap dan aqidah yang kuat
  5. Gelombang otak akan sentiasa bekerja menghasilkan fikiran yang sihat dalam menghubungkaitkan kebenaran islam.
  6. Hati akan lebih khusyuk.
  7. Dan sebagainya.

Zikir juga merupakan alat atau bukti bahawa seseorang hamba sentiasa ingat akan penciptaNYA. Ia juga merupakan ungkapan luahan seseorang hamba terhadap Allah yang berisikan permohonan atau permintaan. Kerana sebagai seorang muslim kita hanya meminta dan memohon hanya kepadaNYA sahaja dan DIA merupakan segalanya bagi kita. Orang yang meminta hanya kepadaNYA adalah orang yang bijak dan mahu menggunakan fikiran ke arah yang positif.

Berzikir juga merupakan suatu pengakuan bahawa kita perlu memahami dan meyakini akan kebesaran Allah SWT. Antara zikir-zikir tersebut adalah

- Tasbih (Subhanallah....)

(Lailahaillallah...)

- Tahmid (Alhamdulillah)

- Takbir (Allahuakhbar)

- Hawqalah (Lahaulawala Quwwata illa billah)

- Basmallah (Bismillahirrahmanirrahim)


Tiada ulasan: