Tajuk : Impian Palestin
Penulis : Randa Ghazy
Penterjemah : Nor Hasanuddin
Terbitan : AR Risalah Product Sdn Bhd
Harga : RM14.90
Aku sungguh kagum dengan novel ini. Novel yang memampatkan tentang sebuah persahabatan, cinta dan peperangan di bumi Palestin. Sedikit sebanyak aku turut merasai kepedihan dan keperitan yang dirasai oleh saudaraku di bumi Palestin. Sememangnya novel ini sungguh luar biasa. Kisah Ibrahim yang kematian ibu bapanya, kisah Nidhal yang turut kehilangan ibu dan saudara perempuannya, kisah Ahmad, Muhammad, Rami, Jihad, Reham dan Walid. Mereka hanya inginkan kedamaian, ketenangan juga kemenangan tanpa mengorbankan tanah juga anak-anak kecil. Itu hanya impian mereka yang tidak mungkin dikecapi. Mereka terpaksa menerima kenyataan bahawa Yahudi sememangnya kejam tanpa ada peri kemanusiaan.
“ Aku mula berfikir, bahawa impian-impian pada kenyataan-kenyataan sebenar merupakan pilihan baik untuk menghadapi situasi seperti ini. Kerana kami seringkali cenderung harus menghadapi kenyataan secara langsung dan bersentuhan dengannya. Ianya membuatkan kami luka dan amat pedih. Sehingga tidak diragukan lagi, bahawa mencari hakikat dan kebenaran bukan selalu menjadi yang terbaik dan indah. Apalagi aku sendiri pada waktu-waktu seperti ini menyedari sudah sampai di mana mimpi-mimpi dan segala harapan mampu menenangkan kami. Orang-orang yang ada di sekelilingku mencari perlindungan padanya seakan-akan mimpi-mimpi itu adalah benteng keselamatan dan keamanan diri. Seandainya aku melupakan sejenak kenyataan bahawa negeriku dijajah suatu bangsa dari golongan perampas, dan bahawa anak-anak negeriku menghadapi kematian dalam tempoh irama yang semakin cepat tanpa kasihan.
Aku telah berhenti berfikir bahawa kami masih sanggup untuk menghadapi musuh-musuh atas nama JIHAD. Jelas dan tidak diragukan lagi, bahawa sudah takdir bagi bangsa kami untuk tidak mempunyai tanah air. Dan sudah jelas dan pasti, kalau di tempat manapun, tidak pernah tertulis bahawa kami akan menuntut belas atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan terhadap hak-hak kami. Syurgalah satu-satunya yang Allah akan berikan kepada kami. Aku mengakui pada fasa peperangangan itu, kehilangan segala maknanya, dan satu-satunya hal yang penting bagi sekarang, adalah mendapatkan kedudukan KECIL dan SEDERHANA dekat pada sisi ALLAH….bersama para syuhada, kanak-kanak, dan para wanita yang telah mati sempurna dibunuh sia-sia tanpa ada DOSA.....”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan