Tajuk : Ketika Cinta Bertasbih
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Editor : Noraine Abu
Harga : RM21.90
Terbitan : AR-Risalah Product Sdn Bhd
Seharian aku membaca novel ini. Akhirnya selesai juga pembacaanku. Kisah yang sangat menarik menurutku. Diisi dengan alun-alun kehidupan yg islamik dan naturalisasi kehidupan yg ada, terutama kehidupan di Mesir. Dalam novel ini megisarkan tentang watak Azzam seorang pelajar yang dikenali sebagai Mas Insyiur, penjual
Azzam meletakkan standard yang tinggi ke atas bakal permaisurinya. Lantas ketika bertemu Elyana, dia seakan tergugat dengan kecantikan dan kelincahan gadis itu. Tetapi kekhilafan yang sementara itu membuatnya sedar. Dia takkan menurunkan standard pilihannya kerana dia yakin akan bertemu yang lebih baik. Dengan hati yang berkobar-kobar, dia segera mengkhitbah Anna Althafunnisa, gadis yang dikenali melalui Pak Ali. Tanpa melihat rupa paras dan mengetahui lebih lanjut tentang Anna, dia menemui Ustaz Mujab untuk menyatakan rasa hatinya. Malangnya, Furqan terlebih dahulu mengkhitbah Anna.
Furqan, rakan seangkatan Azzam. Tidak seperti Azzam, Furqan lebih menampakkan kecemerlangannya dan kehidupannya yang dipenuhi dengan limpahan kesenangan sehingga mampu meraih segulung M.A. Walau bagaimanapun, dugaan seberat atom meletus saat beliau meraih kecemerlangan. Atas kecuaiannya, beliau terjebak dengan fitnah yang mampu merobek masa depannya. Juga terselit kisah sedih Fadhil yang sanggup melepaskan orang yang dicintainya kepada sahabat baiknya, Zulkifli. Kisah cinta yang menyayat hati. Aku tak sabar untuk mengikuti kisah ini selanjutnya. Pasti akan ku dapatkan novel kedua untuk aku mengetahui kisah Azzam, Furqan, Anna dan lain-lain.
1 ulasan:
sisa letupan Ayat-ayat Cinta....
Catat Ulasan