Ahad, 31 Ogos 2008
MERDEKA
Sabtu, 30 Ogos 2008
MERDEKA vs RAMADHAN
Merdeka??? Ramadhan???
Mane 1 persiapan yang perlu kita lakukan. Tepuk dada tanya iman. Xsalah menyambut hari kemerdekaan. Kerana kita merupakan rakyat Malaysia. Mencintainya negara tidak salah kerana ia adalah digalakkan dalam islam. Akan tetapi beringatlah jangan sampai berlebihan dan akan menjauhkan hati kita daripada membuat persediaan untuk menyambut ramadhan. Ramadhan bukanlah sambutan biasa. Malah ramadhan merupakan bulan paling mulia antara 11 bulan yang lain. Malam nie kita akan mendengar laungan MERDEKA oleh PM kita. Biasanya rakyat akan keluar untuk meraihkan bersama. Terutama muda mudi. Adakah sambutan tahun nie sama dengan tahun2 sebelumnya? Mengikut tradisi kebiasaan atau sebaliknya. Adakah muda mudi terus hanyut dalam tradisi ini atau beralih arah? Sama2 kita renung dan fikirkan. Yang mana pilihan hati kita.
Attempting Biggest Jalur Gemilang Made Of Coconut Shell- KHAR
haa nie dia hasilnya... cantik kan.. jalur gemilang daripada lebih 45,000 tempurung kelapa... tahniah korang.. atas usaha gigih mahasiswa kolej harun aminurrashid...
ni dia usaha gigih rakan-rakan kita.. susah payah dipikul bersama..
Jumaat, 29 Ogos 2008
Logo Merdeka ke-51
Logo Medeka ke-51 telah dicipta oleh En Anuar Dan. Beliau telah menerima Rm10,000 atas seni ciptaannya.
Manakala lagu pula adalah ciptaan pak ngah dan lirik pula diilhamkan oleh Lokha. Lagu ”Perpaduan Teras Kejayaan” Sempena Sambutan 51 Tahun Kemerdekaan.
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Khamis, 28 Ogos 2008
HISTERIA - SMK Tanjung Lumpur
KUANTAN 27 Ogos – Misteri gangguan histeria ke atas para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini masih belum terjawab dan seolah-olah tidak berkesudahan.
Doa aku semoga masalah nie menemui jalan penyelesaiannya. Tambah lak pelajar2 akan menhadapi peperiksaan penting tak lama lagi. Dengan kedatangan ramadhan ini harap pelajar2 dapat menunaikan ibadat dan amalan kebajikan dengan hati yang tenang. Semoga para pelajar dan juga guru di sekolah tersebut dikuatkan semangat dan di tetapkan iman. Allah sentiasa bersama hambanya. Amin...
Selasa, 26 Ogos 2008
HARAPAN RAMADHAN
Tinggal beberapa hari je lagi ramadhan bakal menjelang. Harapan ku semoga ramadhan kali memberikan seribu manfaat buat aku dalam mencari keredhaan Tuhan. Ini la masa terbaik aku dan umat islam mendekatkan diri dan mengumpul sebanyak mungkin amalan yang menjadi bekal kita di alam akhirat nnt. Yang hidup pasti mati. Itulah ketentuannya.
Andai ini ramadhan terakhir.
Akan ku sisipkan masa dengan pelbagai kebajikan
Andai ini hari terakhirku.
Akan ku dambakan diri untuk mendapat redhaMU.
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku
Ya Allah kau tetapkanlah iman dan perkukuhkan keislamanku
Agar aku tidak berpaling dariMU
Agar aku sentiasa mencintaiMU
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Begitu besarnya nikmat ramadhan, sehinggakan malaikat berdo’a seperti demikian. Dikesempatan ini apa yang dapat aku lakukan adalah MEMOHON MAAF kepada sesama hamba Allah. Maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa.
Kepada mak abah...
Maafkan ssegala kesalahan anak ini
Maafkan segala keterlanjuran anak ini
Yang banyak menyakiti hati kalian
Kepada mak abah
Ampunkan setiap kesilapan anak ini
Kerana anak ini terlalu egois
Kerana anak ini terlalu hipokrit
Kepada mak abah
Halalkan segala permintaan anak ini
Baik yang nampak atau yang tersembunyi
Kerana anak ini tak pernah puas
Kerana anak ini tidak pernah serik
Maafkanlah anak ini.
Kepada kakak, abang dan adik yang disayangi. Maafkan kesalahan dan kesilapanku. Kita hanya manusia dan kerana itu bukan lah sebaik2 hamba. Segala keterlanjuran dan kekerasan harap dapat dimaafkan. Kerana kalian adalah harta kesayanganku. Kepada rakan-rakan dan yang mengenali diri. Maafkan segala kesulitan dan kekasaran yang pernah aku lakukan. Kerana segala yang buruk adalah atas kesilapanku sendiri. Kerana ego manusia bercampur dengan bisikan iblis telah membinasakanku.
Ya Allah… jauhkanlah kami semua dari azab neraka-Mu sesungguhnya kami hanyalah makhluk yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu… Ya Allah andai kami ditakdirkan panjang umur Kau permudahkanlah jalan hidup kami… terangilah dan suluhkanlah kami jalan kebenaran dan seandainya Kau mengkehendaki kami kepada-Mu, izinkan kami menyahut seruan-Mu itu dengan bekal yang mencukupi…. berilah kami masa untuk menghapuskan noda di hati kami. Sesungguhnya kami semua ingin menemuiMu tetapi dengan rendah hatinya kami merasakan kami tidak layak untuk SYURGAMU Ya Allah..
(Harapan Ramadhan ~ Man Bai & Raihan )
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Moga Ramadhan kita kali ini akan lebih bererti buat kita semua. Untuk renungan bersama… :
Firman Allah..
“Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya”
Surah Asy Syam ayat : 1-10
Isnin, 25 Ogos 2008
PERCUTIAN KELUARGA KU
Aik bila lagi la nak g melancong nie kakak2 ku ngan abang2 ku. Lame dah xbercuti nie. Xyah la g jauh2 yang dekat pun ok gak. Kalu dulu g pangkor. 2 la paling jauh kita semua g kan. Hehe. Pepn thanks kakjam ngn family yang sponsor semua tue. Lain kali rezeki melimpah2 bawak lah g jauh lagi ek. Hehe. Doa ku untukmu. Kuikui. Pepn bile berkumpul ramai2 nie memang la seronok kan. Tambah lak pergi just untuk bercuti bukan atas urusan lain. 2 lagi la nikmat.
Cite pasal pangkor ini. Kami sekeluarga ditaja oleh kakak ku yang ketiga. Murah rezeki dia. Ajak la kami sekeluarga. Plan punya plan pangkor jadi pilihan. Tambah lak sesuai untuk yang berkeluarga nie. So pada hari yang ditetapkan kami pun bertolak menaiki 2 buah kereta dan 1 van. Awal pagi kami bertolak. Siap wat bekal lagi mase tue. Maklumlah mak nie kalu nak g jauh ade je yang disediakannya. So nnt xdela kebulur tengah jalan. Hehe. 2 la kelebihan mak.
Sampai je kat lumut dalam tenghari. Kami berehat dulu kat jeti tue sebelum menaiki feri. Mase tue lah kami melantak makan. Masing2 lapar. Hehe. Sementara menunggu akak ngn suami dia uruskan tiket feri so kami pun meronda la mane2 yang patut. Nie la kali pertama aku menaiki feri. Keluarga ku yang lain dah banyak kali. Maklumlah time aku kat Sarawak time tue lah macam2 plan diorang nie.so tak dapatlah aku nak join sama.
Sampai je masing2 berehat. Malam tue baru semua kuar tok cari makan. Dalam perancangan dok makan semeja satu keluarga. Tapi kami lambat kuar. Semua restoran penuh. So terpaksa la makan secara berasingan. Huhu. Xkisahlah janji masing2 dah terisi perut tue.
Awal pagi lagi aku ngan 2 orang adik ku g pantai. Nak mandi laut. So mandi punya mandi tetiba badan rasa gatal. Rasa sakit digigit binatang. Tak tau binatang ape. So kami bertiga pun naik ke bilik memberseihkan diri. Terbantut nak berseronok tau. Kacau daun betol la binatang tue. Huhu.
Mase kami berehat. Adik beradik lain turun mandi. Kecoh la diorang. Tapi kami bertiga penat dah. So lepak kat bilik je. Time kami xde lah abang2 dan kakak2 ku naik kayak. Hampehla korang. So xmerasa nak naik kayak. Dekat tengahari tue baru kami berturun. Mase tue baru join diorang semua mandi. Huhu. Memang seronok. Macam2 gelagat. Bukan setakat budak2 kecik je. Yang besar2 nie pun sama gak. Hehe. Abah siap ajar kami berenang. Maklumlah anak2nya semuanya xtau berenang. Hehe.
Bile matahari naik tinggi kami pun beredar. Masing2 bersihkan diri dan berehat. Terbongkang semuanya mase tue. Letih sesangat. Pepn petang tue kami ade aktiviti lain. Meronda 1 pulau. So sewa la van. Yang nak naik moto pun boleh. Hehe. Bahaya gak jalan kat sini. Bukan tanah rata. Kena naik bukit turun bukit redah hutan. Takut tengok pakcik yg bawa van nie. Main redah je dia. Kononnya dah biasa. Tapi pepn kami selamat sampai kat tempat yang dituju.
Makan malam kali nie dapatlah kami sekeluarga berkumpul bersama. Masing2 kuar awal nak dapatkan tempat. Baru meriah makan ramai2. Makan seafood la. Ikan masak 3 rasa, sotong, udang dan lain2 lagi. Thanks kakjam atas makan malam kali nie. Memang best. Hehe.
Keesokan hari kami bersiap nak bertolak balik. Huhu. Rase cam sekejap je kat situ. Pepn kami semua sangat berterima kasih pada kakjam n family atas usaha dia mengumpulkan kami semua. Thanks atas tajaan dia. Thanks atas keprihatinan dia. Semoga sentiasa murah rezeki ye. Amin.
Sabtu, 23 Ogos 2008
MERDEKAkah kita???
Tak lama lagi sampailah hari kemerdekaan. Sempena sambutan bulan keMERDEKAan ini. Boleh la dikongsi apa2 pandangan yang dapat dimanfaat untuk semua. Sempena merdeka jugalah akan kedengaran la lagu-lagu keMERDEKAan yang berkumandang. Tiba je 31 Ogos...tentunya semua terlintas sambutan hari kemerdekaan dgn macam2 sambutan dan aturcara sempena meraihkan kemerdekaan. Namun terfikirkah kita. Apakah sebenar nilai kemerdekaan itu? Merdekakah kita dalam erti kata yg sebenar? Mungkin pengertian merdeka pada kite hanyalah merdeka dari penjajahan tapi adakah kite lupe penjajahan minda yg semakin berleluasa dlm masyarakat kite?? Merdekakah kita drpd mempunyai hati dan jiwa dr sifat2 mazmumah...hasad dengki, khianat, irihati, FITNAH, tamak haloba, hasut menghasut dan sbgnya? Terutamanya yang beragama Islam, berpakaian terdedah
Jumaat, 15 Ogos 2008
NISFU SYAABAN- 15 Syaaban 1429H
Kenapa kita selalu lupa dengan kedatangan nisfu syaaban. This is the problem when you are too busy with the duniawi and other. Sigh L. Hope this year it better than. 16hb-17hb Ogos 2008 nisfu syaaban. Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), Moga xlupa la akan ari tersebut. Esok je
Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menggunakan saat keemasan ini dengan menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah secara baik dan sempurna dan seterusnya berazam dan tekad untuk memperbaiki diri kita dengan amalan2 yang dituntut untuk catatan yang baru pula. Moga Allah memberkati kita dunia dan akhirat. Amin….
Berikut adalah antara amalan pada hari nisfu syaaban
1) Selepas solat maghrib. Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat.
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x.
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2) Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x. Baca doa nisfu Sya'aban
3) Baca surah ikhlas 1000x
4) Berpuasa pada siangnya (Ahad)
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Malaikat Jibrail mendatangi ku pada malam Nisfu Syaaban, seraya berkata : "Hai, Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah, angkat kepala mu dan tadahkan dua tangan mu kelangit".
Aku bertanya : "Hai Jibrail, malam apakah ini?"
Jibrail menjawab : "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyegutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar, terus menerus zina, memakan riba, derhaka kepada ibu dn bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka bertaubat dan meninggalkan kejahatan-kejahatan itu."
KHUSYUK PADA DUNIA
Untuk kali kedua, si pelayan menghidangkan makanan di hadapan tuannya, namun tuannya sedang asyik menghitung harta sehingga tertidur. Makanan yang terhidang itu dikemas dan diangkat ke dapur oleh si pelayan. Keesokan harinya. ”Masya Allah, engkau tidak menyiapkan makanan untukku”. Kata Ahmad kepada pelayannya. ”Aku telah menghidangkannya, namun tuan asyik dengan harta sehingga tertidur”. Jawab si pelayan. ”tak apalah, buatkan lagi untukku” balas Ahmad.
Pada kali ketiga, Ahmad masih tidak sempat untuk menjamah makanan kerana asyik dengan harta kekayaannya sehingga tertidur. Si pelayan mendapay idea lalu diusapkannya makanan ke bibir tuannya yang sedang tidur. Apabila terjaga keesokan harinya Ahmad merasakan ada bau di bibirnya dan ketika diraba ternyata bibirnya berminyak dan kotor. Dia menyangka dirinya sudah makan tetapi belum membasuh tangan dan mulut. ” Alamak saya belum basuh mulut lagi”. Fikir Ahmad. Lalu dia memanggil pelayannya ” Pelayan, bawakan air basuh padaku”.
Ahmad2 makan pun xsempat ke??berapa banyak lah harta yang dia ada sehinggakan menjamah makanan pun xsempat. Allah telah memberikannya rezeki yang murah tetapi ahmad lena dengan harta yang dimilikinya..Allah kurniakan nikmat harta kepadanya tetapi dia telah hilang nikmat makanan..jadikanlah cerita di atas sebagai pengajaran buat kita..kerana kita hanyalah hambanya..semua yang diberikan kepada kita adalah nikmat dan kita wajib mensyukuri samada nikmat atau ujian..segala yang berlaku ke atas kita ade hikmah yang tersembunyi..
JUMAAT 080808
Jumaat 080808
Penat berlatih tau..bukan senang nak menghafal kod tangan nie.. kadang ade perkataan yang tak de dalam KTBM.. so kena la mengeja.. dalam tido pun boleh termimpi2.. hehe.. pepn aku bersyukur sangat dapat belajar semua nie... satu peluang dan satu cabaran tok diri aku.. aku try lagu krisdayanti tajuk mencintaimu.. lagu nie senang sikit nak wat kod tangan nie.. tambah lak semua perkataan ada dalam KTBM.. so lebih memudahkan aku kan... betol ke tak tue aku tak tau lah.. tutor aku yang menilai semua tue… pepn aku buat yang terbaik tok projek nie... semampunya la kan…
Mencintaimu
seumur hidupku
Selamanya
Setia menanti
Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
selamanya
Kau tetap milik ku
Hanya 1 yang tak mungkin kembali
Hanya 1 yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat bererti di hati ku
Selamanya
Mencintaimu
Seumur hidupku
Selamanya
Kau tetap milik ku