Jumaat, 15 Ogos 2008

NISFU SYAABAN- 15 Syaaban 1429H

Kenapa kita selalu lupa dengan kedatangan nisfu syaaban. This is the problem when you are too busy with the duniawi and other. Sigh L. Hope this year it better than. 16hb-17hb Ogos 2008 nisfu syaaban. Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), Moga xlupa la akan ari tersebut. Esok je kan. Hope I can use the time to do any amalan. Nisfu syaaban adalah hari di mana buku amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. Malam 15 Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menggunakan saat keemasan ini dengan menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah secara baik dan sempurna dan seterusnya berazam dan tekad untuk memperbaiki diri kita dengan amalan2 yang dituntut untuk catatan yang baru pula. Moga Allah memberkati kita dunia dan akhirat. Amin….

Berikut adalah antara amalan pada hari nisfu syaaban

1) Selepas solat maghrib. Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat.

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x.
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2) Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x.
Baca doa nisfu Sya'aban

3) Baca surah ikhlas 1000x

4) Berpuasa pada siangnya (Ahad)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Malaikat Jibrail mendatangi ku pada malam Nisfu Syaaban, seraya berkata : "Hai, Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah, angkat kepala mu dan tadahkan dua tangan mu kelangit".

Aku bertanya : "Hai Jibrail, malam apakah ini?"

Jibrail menjawab : "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyegutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar, terus menerus zina, memakan riba, derhaka kepada ibu dn bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka bertaubat dan meninggalkan kejahatan-kejahatan itu."

Tiada ulasan: