Isnin, 25 Ogos 2008

PERCUTIAN KELUARGA KU



Aik bila lagi la nak g melancong nie kakak2 ku ngan abang2 ku. Lame dah xbercuti nie. Xyah la g jauh2 yang dekat pun ok gak. Kalu dulu g pangkor. 2 la paling jauh kita semua g kan. Hehe. Pepn thanks kakjam ngn family yang sponsor semua tue. Lain kali rezeki melimpah2 bawak lah g jauh lagi ek. Hehe. Doa ku untukmu. Kuikui. Pepn bile berkumpul ramai2 nie memang la seronok kan. Tambah lak pergi just untuk bercuti bukan atas urusan lain. 2 lagi la nikmat.

Cite pasal pangkor ini. Kami sekeluarga ditaja oleh kakak ku yang ketiga. Murah rezeki dia. Ajak la kami sekeluarga. Plan punya plan pangkor jadi pilihan. Tambah lak sesuai untuk yang berkeluarga nie. So pada hari yang ditetapkan kami pun bertolak menaiki 2 buah kereta dan 1 van. Awal pagi kami bertolak. Siap wat bekal lagi mase tue. Maklumlah mak nie kalu nak g jauh ade je yang disediakannya. So nnt xdela kebulur tengah jalan. Hehe. 2 la kelebihan mak.

Sampai je kat lumut dalam tenghari. Kami berehat dulu kat jeti tue sebelum menaiki feri. Mase tue lah kami melantak makan. Masing2 lapar. Hehe. Sementara menunggu akak ngn suami dia uruskan tiket feri so kami pun meronda la mane2 yang patut. Nie la kali pertama aku menaiki feri. Keluarga ku yang lain dah banyak kali. Maklumlah time aku kat Sarawak time tue lah macam2 plan diorang nie.so tak dapatlah aku nak join sama.

Sampai je masing2 berehat. Malam tue baru semua kuar tok cari makan. Dalam perancangan dok makan semeja satu keluarga. Tapi kami lambat kuar. Semua restoran penuh. So terpaksa la makan secara berasingan. Huhu. Xkisahlah janji masing2 dah terisi perut tue.

Awal pagi lagi aku ngan 2 orang adik ku g pantai. Nak mandi laut. So mandi punya mandi tetiba badan rasa gatal. Rasa sakit digigit binatang. Tak tau binatang ape. So kami bertiga pun naik ke bilik memberseihkan diri. Terbantut nak berseronok tau. Kacau daun betol la binatang tue. Huhu.

Mase kami berehat. Adik beradik lain turun mandi. Kecoh la diorang. Tapi kami bertiga penat dah. So lepak kat bilik je. Time kami xde lah abang2 dan kakak2 ku naik kayak. Hampehla korang. So xmerasa nak naik kayak. Dekat tengahari tue baru kami berturun. Mase tue baru join diorang semua mandi. Huhu. Memang seronok. Macam2 gelagat. Bukan setakat budak2 kecik je. Yang besar2 nie pun sama gak. Hehe. Abah siap ajar kami berenang. Maklumlah anak2nya semuanya xtau berenang. Hehe.

Bile matahari naik tinggi kami pun beredar. Masing2 bersihkan diri dan berehat. Terbongkang semuanya mase tue. Letih sesangat. Pepn petang tue kami ade aktiviti lain. Meronda 1 pulau. So sewa la van. Yang nak naik moto pun boleh. Hehe. Bahaya gak jalan kat sini. Bukan tanah rata. Kena naik bukit turun bukit redah hutan. Takut tengok pakcik yg bawa van nie. Main redah je dia. Kononnya dah biasa. Tapi pepn kami selamat sampai kat tempat yang dituju.

Makan malam kali nie dapatlah kami sekeluarga berkumpul bersama. Masing2 kuar awal nak dapatkan tempat. Baru meriah makan ramai2. Makan seafood la. Ikan masak 3 rasa, sotong, udang dan lain2 lagi. Thanks kakjam atas makan malam kali nie. Memang best. Hehe.

Keesokan hari kami bersiap nak bertolak balik. Huhu. Rase cam sekejap je kat situ. Pepn kami semua sangat berterima kasih pada kakjam n family atas usaha dia mengumpulkan kami semua. Thanks atas tajaan dia. Thanks atas keprihatinan dia. Semoga sentiasa murah rezeki ye. Amin.








1 ulasan:

Islah Mohd berkata...

ai....Dato`Islah lupa ker??