Selasa, 26 Ogos 2008

HARAPAN RAMADHAN


Tinggal beberapa hari je lagi ramadhan bakal menjelang. Harapan ku semoga ramadhan kali memberikan seribu manfaat buat aku dalam mencari keredhaan Tuhan. Ini la masa terbaik aku dan umat islam mendekatkan diri dan mengumpul sebanyak mungkin amalan yang menjadi bekal kita di alam akhirat nnt. Yang hidup pasti mati. Itulah ketentuannya.

Andai ini ramadhan terakhir.

Akan ku sisipkan masa dengan pelbagai kebajikan

Andai ini hari terakhirku.

Akan ku dambakan diri untuk mendapat redhaMU.

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku

Ya Allah kau tetapkanlah iman dan perkukuhkan keislamanku

Agar aku tidak berpaling dariMU

Agar aku sentiasa mencintaiMU

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Begitu besarnya nikmat ramadhan, sehinggakan malaikat berdo’a seperti demikian. Dikesempatan ini apa yang dapat aku lakukan adalah MEMOHON MAAF kepada sesama hamba Allah. Maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa.

Kepada mak abah...

Maafkan ssegala kesalahan anak ini

Maafkan segala keterlanjuran anak ini

Yang banyak menyakiti hati kalian

Kepada mak abah

Ampunkan setiap kesilapan anak ini

Kerana anak ini terlalu egois

Kerana anak ini terlalu hipokrit

Kepada mak abah

Halalkan segala permintaan anak ini

Baik yang nampak atau yang tersembunyi

Kerana anak ini tak pernah puas

Kerana anak ini tidak pernah serik

Maafkanlah anak ini.

Kepada kakak, abang dan adik yang disayangi. Maafkan kesalahan dan kesilapanku. Kita hanya manusia dan kerana itu bukan lah sebaik2 hamba. Segala keterlanjuran dan kekerasan harap dapat dimaafkan. Kerana kalian adalah harta kesayanganku. Kepada rakan-rakan dan yang mengenali diri. Maafkan segala kesulitan dan kekasaran yang pernah aku lakukan. Kerana segala yang buruk adalah atas kesilapanku sendiri. Kerana ego manusia bercampur dengan bisikan iblis telah membinasakanku.


Ya Allah… jauhkanlah kami semua dari azab neraka-Mu sesungguhnya kami hanyalah makhluk yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu… Ya Allah andai kami ditakdirkan panjang umur Kau permudahkanlah jalan hidup kami… terangilah dan suluhkanlah kami jalan kebenaran dan seandainya Kau mengkehendaki kami kepada-Mu, izinkan kami menyahut seruan-Mu itu dengan bekal yang mencukupi…. berilah kami masa untuk menghapuskan noda di hati kami. Sesungguhnya kami semua ingin menemuiMu tetapi dengan rendah hatinya kami merasakan kami tidak layak untuk SYURGAMU Ya Allah..

(Harapan Ramadhan ~ Man Bai & Raihan )

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali in
i penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Moga Ramadhan kita kali ini akan lebih bererti buat kita semua. Untuk renungan bersama… :

Firman Allah..

“Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya”

Surah Asy Syam ayat : 1-10

Tiada ulasan: