Untuk kali kedua, si pelayan menghidangkan makanan di hadapan tuannya, namun tuannya sedang asyik menghitung harta sehingga tertidur. Makanan yang terhidang itu dikemas dan diangkat ke dapur oleh si pelayan. Keesokan harinya. ”Masya Allah, engkau tidak menyiapkan makanan untukku”. Kata Ahmad kepada pelayannya. ”Aku telah menghidangkannya, namun tuan asyik dengan harta sehingga tertidur”. Jawab si pelayan. ”tak apalah, buatkan lagi untukku” balas Ahmad.
Pada kali ketiga, Ahmad masih tidak sempat untuk menjamah makanan kerana asyik dengan harta kekayaannya sehingga tertidur. Si pelayan mendapay idea lalu diusapkannya makanan ke bibir tuannya yang sedang tidur. Apabila terjaga keesokan harinya Ahmad merasakan ada bau di bibirnya dan ketika diraba ternyata bibirnya berminyak dan kotor. Dia menyangka dirinya sudah makan tetapi belum membasuh tangan dan mulut. ” Alamak saya belum basuh mulut lagi”. Fikir Ahmad. Lalu dia memanggil pelayannya ” Pelayan, bawakan air basuh padaku”.
Ahmad2 makan pun xsempat ke??berapa banyak lah harta yang dia ada sehinggakan menjamah makanan pun xsempat. Allah telah memberikannya rezeki yang murah tetapi ahmad lena dengan harta yang dimilikinya..Allah kurniakan nikmat harta kepadanya tetapi dia telah hilang nikmat makanan..jadikanlah cerita di atas sebagai pengajaran buat kita..kerana kita hanyalah hambanya..semua yang diberikan kepada kita adalah nikmat dan kita wajib mensyukuri samada nikmat atau ujian..segala yang berlaku ke atas kita ade hikmah yang tersembunyi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan