Sabtu, 30 Ogos 2008

Attempting Biggest Jalur Gemilang Made Of Coconut Shell- KHAR

Bahang kemerdekaan kian terasa. Tambah pulak kolej aku bertungkus lumus menyiapkan bendera Malaysia yang diperbuat daripada susunan tempurung. Kerah tenaga ahli2 yang terlibat dalam proses ini sampai tak tidur malam. 2 la semangat mahasiswa Malaysia yang ditunjukkan oleh mereka. Tambah lak hari ini merupakan penentuan samada ia tercatat dalam Malaysian Books of Record. Lepas asar tadi perasmian dilangsungkan. Biasala awal 2 ucapan dan tak lupa persembahan daripada ROTU. Mereka mencatatkan rekod sebanyak lebih 45000 tempurung kelapa digunakan bagi menghasilkan bendera Malaysia. aku pun x berapa pasti jumlah sebenarnya. Bagi aku nie la sambutan paling hebat selama aku study kat sini. Tahniah korang. Tapi jangan setakat laungan kemerdekaan dan mengikut trend. Jiwa dan raga kenala merdeka dari segala pemikiran jajahan.


haa nie dia hasilnya... cantik kan.. jalur gemilang daripada lebih 45,000 tempurung kelapa... tahniah korang.. atas usaha gigih mahasiswa kolej harun aminurrashid...


ni dia usaha gigih rakan-rakan kita.. susah payah dipikul bersama..





1 ulasan:

Puteri Katak berkata...

berapa lama amik masa siapkan ni?