Sabtu, 23 Ogos 2008

MERDEKAkah kita???

Tak lama lagi sampailah hari kemerdekaan. Sempena sambutan bulan keMERDEKAan ini. Boleh la dikongsi apa2 pandangan yang dapat dimanfaat untuk semua. Sempena merdeka jugalah akan kedengaran la lagu-lagu keMERDEKAan yang berkumandang. Tiba je 31 Ogos...tentunya semua terlintas sambutan hari kemerdekaan dgn macam2 sambutan dan aturcara sempena meraihkan kemerdekaan. Namun terfikirkah kita. Apakah sebenar nilai kemerdekaan itu? Merdekakah kita dalam erti kata yg sebenar? Mungkin pengertian merdeka pada kite hanyalah merdeka dari penjajahan tapi adakah kite lupe penjajahan minda yg semakin berleluasa dlm masyarakat kite?? Merdekakah kita drpd mempunyai hati dan jiwa dr sifat2 mazmumah...hasad dengki, khianat, irihati, FITNAH, tamak haloba, hasut menghasut dan sbgnya? Terutamanya yang beragama Islam, berpakaian terdedah sana sini, melambat2kan solat, budaya hedonisme yg membuatkan kite terlalu cintakan hiburan. Jgn sekadar menjadikah kemerdekaan itu sbg satu perlambangan rutin turun temurun tapi sepatutnya ia menjadikan satu pegangan kita sebagai rakyat Malayisa ke arah anjakan paradigma pemikiran yg masih terasas pada nilai-nilai diri dan jati diri sesuatu bangsa dan masyarakat dan jua tidak menyimpang dr fikrah islami. Oleh kerana itu apapun jua keadaan kita hargailah apa yang kita ada..kerana itu lebih bererti daripada mencari sesuatu yang tanpa kepastiannya


1 ulasan:

Islah Mohd berkata...

rajin acik syahadah ni....