Ahad, 3 Ogos 2008

Salam Syaaban

Salam Syaaban kepada semua. Sempena bulan mulia nie marilah kita bermuhasabah, menilai dan menghitung kembali amalan kita seharian. Jangan lupa juga kita terapkan bulan ini dengan pelbagai amalan dan kebaikan yang berlipat ganda. Ini kerana Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela. Oleh itu sambil muhasabah dan menilai diri kita sebagai hambanya, kita mantapkan lagi iman kita dengan pelbagai ibadat, kebajikan dan kebaikan. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Kita perlu sedar dan memperbaiki diri kita. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buat hambanya. Semoga kita tergolong dalam hamba yang beriman. Amin.

1 ulasan:

Islah Mohd berkata...

jom la sama2 kita.....